Followers

Tuesday, July 30, 2013

Lebah Kelulut : Update 1 @ 26 July

Seperti yang dirancang, Pembekal sampai di Kuantan pada cuti Nuzul Quran yang lalu tepat jam 4.30am. Aku baru aje nak bersahur. Seusai sahur aku minta dia terus gi kat Masjid Beserah dan tunggu di sana. Lepas solat Subuh, aku terus ke Masjid Beserah. En Azlan minta datang cepat kerana hari semakin cerah dan kelulut sudah mula nak keluar sarang. Dia maklumkan semua sarang tidak ditutup. Tepat jam 6.30am aku sampai di Kebun selepas bertemu En Azlan di Masjid Beserah. Proses unloading Sarang Kelulut dilakukan dengan cepat kerana Lebah Kelulut sudah mula nak keluar untuk mencari makanan. Aku cuma mengarahkan sarang diletakkan secara random di bawah setiap pokok durian untuk sementara sebelum ianya dipindahkan dilokasi tetap di atas bukit. Lokasi sekarang agak berisiko untuk dilanda banjir kalau hujan lebat.

unloading  koloni Kelulut
Demo MeletakKan Kotak Madu
 En Azlan juga telah menunjukan demo bagaimana memotong batang balak untuk dijadikan platform sebelum meletakkan kotak madu dan juga tip2 yang mesti dibuat selepas batang balak dipotong. Penjagaan sarang daripada serangan semut perlu dilakukan setaip masa sehinggalah lebah kelulut menutup semua lubang dengan lilinnya.
Sarang Kelulut 
Oleh kerana kedatangan sarang ini secara tiba2 tanpa persediaan secukupnya dilakukan, maka semua sarang diletakkan di atas tanah tanpa alas. Aku hanya menutupnya dengan menggunakan zink untuk mengelakkan sarang terkena hujan yang lebat yang akan membasahi sarang. Seronok juga apabila melihat lebah kelulut mulai keluar daripada sarang dan mula menyesuaikan diri dengan lokasi baru. Dalam waktu yang amat singkat semua lebah pekerja sudah mula berterbangan untuk mencari madu di lokasi yang baru. Seronok sangat dan ianya satu pengalaman yang amat berharga.


Terdapat 4 perkara penting yang perlu aku laksanakan dalam waktu terdekat. 
1-  Memindahkan semua koloni lebah kelulut di atas bukit.
2-  Membina platform untuk meletakan sarang lebah kelulut tinggi sedikit dari aras tanah untuk menghindarkan serangan semut. Tips : gunakan minyak hitam yang dilumur di sekililing platform.
3-  Membina kotak madu
4-  Mencari alat/mesin untuk memudahkan proses memungut madu

Sebelum balik, En Azlan juga memberikan aku sedikit sample madu lebah kelulut yang diambil dalam salah satu sarang lebah kelulut aku. Menurutnya rasa madu lebah kelulut adalah sedikit masam dan manis. tak sabar aku nak rasanya. Sib baik bulan pose. Kena tunggu lepas buka nanti

No comments: