Pokok Anggur : Memangkas dan membaja

Pokok Anggur : Cubaan Pertama

Kepulangan ke rumah ayah pada hujung Mei yang lalu telah membawa aku untuk melaksanakan eksperiman kat pokok anggur yang aku tanam pada penghujung tahun yang lalu. Pokok anggur berdaun yang lebat tetapi masih x berbuah. so kepulangan aku kali ini dengan misi untuk membuatkan pokok anggur aku mula berbuah dan tidak selamanya gila daun ajer.

So proses yang pertama aku buat adalah menabur baja buah di sekiling pangkal pokok. disebabkan ianya proses try n error so aku tak sukat ler brape banyak baja yang perlu ditabur. main tabur sesuka hati ajer.



Setelah baja buah dan bunga ditabur, so mulalah proses menoggelkan pokok anggurku. semua tunas dan dahan yang kecil/ berwarna hijau aku buang. hanya dahan yang besar dan berwarna colkat sahaja yang tinggal. Melihat pokok anggur yang sudah toggel, ayah aku risau plak. takut2 pokok anggur ne terus kojol. tapi aku kata kat ayah, kita tengok dalam masa sebulan dua. In Shaa Allah pokok akan mula keluarkan buah. Kalo kojol, kita tanam pokok baru.

So kepulangan aku nanti dalam masa 2 bulan kemudian, aku akan share hasil eksperiman ini.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kenalilah Madu Kelulut Asli