Followers

Tuesday, June 29, 2010

Pajero Buruk

Hari ini merupakan akhir terakhir dalam bulan Jun 2010. Tak tahu nak coretkan apa bagi menutup blog untuk bulan Jun dan menyambut bulan Julai 2010. Tapi apa yang pastinya dalam bulan Jun ini banyak keputusan besar yang telah aku buat. Yang pertamanya adalah hajat untuk membeli 4WD buruk telah tercapai. Bolehlah Pajero Buruk ner aku bawak ke Kebun dan tapak projek aku yang masih terbengkalai. Tanah 3 ekar bekas Projek Serai aku masih belum berusik.

Pagi tadi aku bersarapan dengan rakan kongsi serai aku. Dalam bersembang dia memaklumkan sahabat kami yang melaksanakan Projek Tanaman Serai dengan Moja Ventures dengan keluasan tanaman seluas 8 ekar mengalami masalah yang sama dengan kami. Tapi kami bernasib baik kerana keluasan tanaman yang terlibat hanyalah 1 ekar walaupun sasaran asal untuk menanam kesemuanya. Dimaklumkan rakan kami sudah tak berani nak pergi ke tapak projeknya kerana takut dengan tuan tanah sebab beliau menyewa tanah tersebut untuk menjalankan projek tanaman serai ini. Rasanya tuan tanah tur yang tuai pokok2 serai dia dan jual kat pasar sebagai compesate sewa tanah yang tidak berbayar. Alahai nasib badan...

So, dengan adanya pajero buruk aku ner bolehlah aku mengaktifkan balik aktiviti berkebun. Target pertama adalah untuk membersihkan tanah kebun durian pak mentua aku di Beserah seluas 2 ekar. Semak samun sudah bermaharajalela sekarang ne. Hari Sabtu ne ada orang nak tengok kebun untuk kerja2 pembersihan. Pokok durian sekarang sudah berbuah dan tak lama lagi bolehlah kutip hasil sekiranya x der orang yang nak "nolong ngutipnye". Boleh ler jual kat peraih nanti. Bila kebun dah bersih boleh ler beli baja pokok durian. dah lama x kena baja pokok2 tur...

Mengenai projek seterusnya, aku sudah terpikirkan nak buat apa kat tanah 3 ekar tur. kemungkinan aku akan tanam pokok limau nipis dan sekiranya kajian awalan aku berpotensi untuk di kembangkan, akan ada tanaman lain yang akan menyusul

No comments: