Followers

Thursday, April 29, 2010

Hello May!!

Bulan May 2010 sudah hampir kembali. Ini bermakna sudah hampir 4 bulan saya tidak mencoretkan apa2 di dalam blog ini. Maaf kepada para pelawat yang hadir tanpa mendapat butiran terbaru daripada saya. Kelukaan hati disebabkan oleh kegagalan projek serai masih bersisa. Ini juga bermakna sudah hampir 6 bulan saya tidak menjenguk kebun serai saya. macam mana lah jadinya kebun serai saya.

Serai adalah tumbuhan rumpun yang sangat lasak. walaupun ianya terbiar dengan lama tanpa penjagaan yang baik daripada kita, sifat semulajadinya membuatkannya boleh hidup dengan minimum intervene daripada kita. Harap2 lembu2 dan kambing orang kampung tidak mengganas dalam kebun serai saya disebabkan bertambahnya bilangan tiang2 pagar yang reput dimamah anai2.

Saya masih belum terpikir untuk memulakan projek apa lagi ditapak projek serai saya sekarang ini. Yang pastinya 20 batang pokok getah dan hampir 1/2 ekar rumpun serai masih menghuni tapak projek saya. Akhir2 ini fokus saya lebih terarah kepada Projek Burung Walit dan saya sudah menyertai berberapa kursus burung walit untuk mendalamkan ilmu. Tetapi disebabkan modal yang terlalu besar, maka projek ini masih menjadi idaman saya buat masa kini. saya sedang berusaha untuk mencari sumber kewangan yang mencukupi bagi membina bangunan sarang burung walit. Lokasi kebun saya sememangnya mempunyai banyak burung walit kerana ia berdekatan dengan laut dan ladang sawit serta hutan yang luas. sekitar tanah ini sudah ada beberapa sarang burung walit yang dipunyai oleh warga cina. saya berharap dapat menjadi warga melayu pertama memulakannya di kawasan ini.

Untuk makluman kos untuk memulakan binaan sarang burung walit dan teknologi yang diperlukan, sejumlah RM300k diperlukan menurut konsultant yang saya hadiri kursusnya. yang mana bangunan berkeluasan 20x60x3tingkat akan dibina dilokasi yang ada burung. Kebanyakan warga cina berkongsi untuk membina sarang burung walit ini. Menurut beliau terdapat sebuah sarang burung walit yang dikongsikan oleh 16 orang dalam satu keluarga. Begitulah komitmen yang diberikan oleh bangsa lain dalam menceburi bisnes yang lumayan ini.

Buat masa ini saya hanya boleh berharap. Sekiranya ada yang mempunyai komitmen yang sama dengan saya, boleh berhubung untuk mencari jalan untuk memulakan projek ini. Perancangan awal dengan 4 orang geng telah terhenti apabila keyperson terlibat dengan kontrak di luar negara dan tidak boleh memberikan komitmen buat masa ini. Kena tunggu lagi la gamaknya.

No comments: