Followers

Saturday, September 5, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan

Ramadhan datang lagi pada thaun ini. Hari ini merupakan hari yang ke-15 kita berpuasa. Sudah separuh ramadhan meninggalkan kita. Kepada para pembaca blog saya, saya ucapkan selamat menyambut Ramdhan dan Syawal yang bakal menjelma. Semoga ibadah yang kit jalani ini akan mendapat keredhaan Allah S.W.T. Sepanjang bulan puasa ini, saya tidak berkesempatan untuk melawat Kebun Serai.

Rasanya sudah semakin panjang rumput yang tumbuh melata, trutamanya di kawasan yang sudah di tuai. Saya sedang mencari masa yang bersesuaian untuk menghabiskan baki tanaman serai. Disamping itu juga mencari pemborong serai yang bersedia mengambil semua kuantiti serai yang bakal dituai. So, kalau para pembaca mempunyai kenalan para pemborong bolehlah berkongsi dengan saya supaya dapat saya habiskan baki serai tersebut. Jangkaan saya dalam 2-3 tan lagi bakal dapat dituai.

No comments: