Followers

Friday, October 17, 2008

Selamat Hari Raya

Fuh yooo!!!
Dah lama tak online... hari ner dah 17 hari dalam bulan syawal. Tapi aku masih baru dapat 3 hari pose sunat... masih ader balance 3 hari lagi... next week kena kasi abis... esok dok leh nak pose sbb aku kena gi kebun untuk baja pokok serai aku...

Semalam aku gi Kemaman untuk beli baja jenis Tomai... harga dalam RM130 untuk satu beg seberat 50kg... pokok serai aku dah kena baja untuk pusingan pertama. Berdasarkan manual aku kena gunakan baja N46 untuk 1 beg seberat 1 kg ang ditambah dengan baja Tomai sebanyak 25 kg. baja N46 aku beli kat kedai Peladang di Kuantan. Satu beg seberat 50kg berharga RM150. so untuk pusingan pertama aku kena modalkan RM280.00. balance 25kg baja Tomai boleh aku gunakan untuk pembajaan pusingan kedua.

Proses pembajaan pusingan pertama mudah sket kerana kuantiti baja yang sedikit setaip pokok. hanya satu sudu saja untuk setiap pokok yang dibaja secara spot. Baja Tomai dah baja N46 kena campur dahulu dan kemudian barulah ditabur pada setiap pokok. Proses pembajaan boleh dijalankan selepas 20-30 hari daripada tarikh penanaman selesai. Tetapi pokok aku sudah berumur 45 hari kerana aku terima 2 kali penghantaran anak benih. Kepada yang berminat dengan penanaman ini, sila patikan anda catatkan tarikh akhir penanaman anak benih anda bagi memudahkan kiraan jangkamasa mula pembajaan pusingan pertama dan seterusnya.

Pembajaan secara sistematik akan membolehkan tumbesaran serai secara sekata dan pokok akan tumbuh dengan lebih subuh. Baja N46 berfungsi untuk menghijaukan dan menyuburkan daun pokok serai.

No comments: