Selamat Menyambut Hari Raya

Kepada Blogger yang mengikuti blog saya.

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya yang bakal menjelma tidak lama lagi. Hari ini merupakan hari ke-24 kita berpuasa dan ini bermakna lagi 6 hari kita berpeluang untuk berpuasa dan beribadah tanpa gangguan sesiapa kecuali nafsu kita sendiri.

Minggu ini merupakan minggu ke-4, anak-anak benih serai saya ditanam untuk fasa 2 dan minggu ke-6 untuk fasa yang pertama. Ini bermakna saya masih ader 2-3 minggu sebelum proses pembajaan yang pertama akan dijalankan. Untuk projek kali ini, saya boleh katakan ianya amat memberangsangkan kerana kadar pertumbuhan anak2 serai amat menggalakkan walaupun terdapat sebilangan anak2 serai yang musnah dikerjakan oleh kera/monyet liar dan juga dipijak lembu yang terlepas masuk dalam kebun saya. bila melihat anak2 serai tumbuh dengan subur dan merimbun, terasa lega dan hilang sedikit kegusaran apabila melihat anak2 serai musnah dilanyak lembu sekawan.

Sememangnya pertanian memberikan 1001 kepuasan apabila projek mula menampakkan hasil walaupun jangkaan pulangan untuk round pertama ini most probably tok leh nak cover cost awalan. Nasib la, at least saya berjaya menyahut seruan kerajaan dan mendapat pengalaman yang sangat berjaya. pengalaman ini akan saya gunakan untuk menambahkan lagi keluasan penanaman daripada seekar pada masa kini kepada 6 ekar di masa hadapan. buat masa ini, kekangan modal dan masa telah membantutkan sedikit progress peluasan.

Adios.. salam lebaran

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kenalilah Madu Kelulut Asli