Posts

Perangkap Kelulut oh perangkap

Image
Perangkap Kelulut yang telah mengena Up close n personal - Rezeki Allah SWT. Perangkap yang masih belum mengena. Perangap xpernah lupakan mangsanya. Perangkap yang telah dipasang sejak sekian lama, akhirnya membuahkan hasilnya. Ternyata memang benar ungkapan yang menyatakan Perangkap tidak pernah melupakan mangsanya. Tetapi bukan spesis yang dijadikan tumpuan. Perangkap ini baru sahaja dihuni selama 3 hari kerana semasa kunjungan hari sabtu yang lalu hanya kumpulan scout sahaja yg banyak berterbangan di kawasan sekitar. Pada hari ini, sudah ada struktur corong masuk Terminata sp kelihatan di lubang masuk. Terminata pun ok juga. Boleh dijadikan koleksi untuk dijadikan pembelajaran kepada pengunjung yg hadir. Kami ada mempunyai beberapa spesis kelulut daripada 33 spesis yg dinyatakan oleh pihak Mardi. Perangkap ini akan dibiarkan sekitar 1-2 bulan bagi memastikan calon Ratu aka princes mengikut kata Prof. Idrus menjalani ritual inflight sex/khawin dengan drone@pejanta

Madu Plus - Site Inderapura

Image
Setelah almost setahun menunggu, akhirnya site baru kami di Inderapura, Kuantan secara rasminya memulakan kerja tanah pada hari ini 8 Jun 2015. Hari ini setelah almost 2 bulan menunggu, kerja2 membersihkan tanah dan penyediaan tapak telah dimulakan. Pihak jabatan telah sudi membantu melalui Unit Kejuruteraan Jentera Pertanian dengan menyumbangkan JCB. Kerja2 penyediaan jalan masuk ke Tapak, parit sempadan, tapak pejabat dan bengkel serta kolam tadahan air dijangkan siap dalam tempoh 2-3 minggu. Hari ini kerja2 penyediaan tapak bengkel telah siap separuh. tapak perlu ditambun tanah untuk menaikkan level tanah supaya mengurangkan risiko ditenggelami air semasa musim tengkujuh. Semoga perancangan ini akan dipermudahkanNYA. Masih banyak kerja2 di tapak ini yang harus dilangsaikan sebelum log2 kelulut di bawa masuk bagi menghasilkan Madu Kelulut Akasia. Tapak Pejabat dan Bengkel sedang dibersihkan Jalan masuk sedang disediakan Tuan Tanah kedaung.