Posts

Pemindahan Koloni Trigona

Image
Koloni Kelulut Liar Pada minggu lepas aku n partner telah berpeluang untuk menjalankan aktiviti pemindahan koloni liar yang bersarang dalam tong air yang. So since aku sendiri tiada pengalaman untuk memindahkannya dan juga tiada guru yang hendak mengajarkan bagaimana proses yang terbaik, maka aku gunakan proses DIY yang dirasakan boleh dilaksanakan. Kotak yang dipindahkan koloni kelulut Tong air dibuat pemotongan di bahagian atas dengan menggunakan gergaji. Memula gunakan gergaji besi untuk buat potongan yang cermat tetapi apabila masa yang digunakan terlampau banyak. Maka aku bulldose jer gunakan gergaji kayu. Asalkan boleh buka tong ini. Rupa Sarang Kelulut jenis Thorasica Sarang kelulut jenis ini sangat keras kerana menggunakan sejenis getah kayu untuk membuat sarang dan jalan masuh yang lama ke lamaan ianya menjadi keras seperti batu. Padan ler gergaji besi aku patah seribu. Sarang untuk menempatkan telur kelulut Langkah pertama adalah memindahkan sarang ya

Lebah Kelulut : Update 23 Sep 2013

Image
Ini adalah update terkini projek kelulut aku yang dimulakan semasa bulan Ramadhan yang lepas. Buat masa kini semua koloni kelulut sudah dipasang kotak Madu yang ditempah Khas. Kepada sesiapa yang berminat untuk membelinya bolehlah PM di no HP saya. Berdasarkan pemerhatian pada setiap hari, ke semua koloni kelulut telah membuat sarang madu dalam kotak madu yang dipasang. Kami akan pastikan semua kelulut serasi dengan kotak madu ini terlebih dahulu dan koloni kelulut makin sihat dengan penambahan bilangan lebah kelulut baru yang dihasilkan. Tuaian akan dibuat selepas bilangan madu dan pollen bertambah. Pemerhatian akan dibuat pada setiap hari bagi memastikan kelulut tidak menutup lubang kotak madu dan juga memastikan serangan anai2 dan semut dapat dikurangkan seminimum mungkin. Ini kerana kelulut akan menutup lubang yang dibuat sekiranya terdapat serangan semut atau anai2.. Serangan semut ini juga telah mengakibatkan satu sarang kelulut kami telah hilang di mana koloni

Kursus Asas Perlebahan Komersil : Lawatan ke Pengusaha Lebah di Melaka

Image
Para peserta di bawah melawat seorang pengusaha lebah yang berjaya di Bukit Katil Melaka. Perjalanan mengambil masa kira2 sejam daripada Ayer Hitam. Setibanya kami di Melaka, kami telah dijamu dengan Nasi Biryani Batu Pahat. Aku x ter Tawkey tengah demo Pengusaha ini mempunyai 2 lokasi lebahnya diletakkannya iaitu di Kota Tinggi dan Pekan, Pahang. Puratanya ia telah berjaya mengeluarkan 1-2tan lebah sebulan. Beliau juga mengeluarkan Royal Jelly dan membekalkan koloni lebah kepada mereka yang berminat untuk memulakan busines lebah ini. Kalau tidak silap kos Hive + 5 frame lebah berharga RM1,500.00 manakala koloni lebah super berharga RM2,500.00. Ratu lebah juga beliau bekalkan kepada mereka yang berminat.

Kursus Asas Perlebahan Komersil : Pemindahan Koloni Apis Cerana

Image
Pada kursus ini kami telah diberikan cara bagaimana untuk memerangkap lebah liar menggunakan perangkap lebah dan kemudiaannya memindahkannya dalam hive yang disediakan. Lebah yang telah membuat sarang dalam perangkap ini dibiarkan dalam sebulan dua sehingga lebah telah membuat kom. Gambar Gelodok : Perangkap Lebah Liar daripada batang sagu Hive kosong disediakan dengan frame yang secukupnya mengikut bilang sarang yang dibuat oleh lebah. Koloni Lebah disediakan utk dipindahkan Sarang sedia untuk dipindahkan Perangkap lebah liar yang telah dibuka dan bersedia untuk dipindahkan ke frame dan seterusnya masuk ke hive. Susunan frame hendaklah mengikut sususan sarang lebah yang asal. Frame yang telah siap dipindahkan dalam hive Setelah semua kom dimasukan dalam frame spt pic di atas, ianya dimasukan dalam hive mengikut urutan yang sebenar dalam sarang asal. Bagi menguatkan koloni untuk membina kom2 yang baru, boleh dimasukan campuran pollen+gula untuk mem

Kursus Asas Perlebahan komersil Siri 2/2013

Image
Pada 5 August 2013, aku telah ditawarkan untuk menyertai Kursus Asas Perlebahan Komersil Siri 2/2013 yang dianjurkan oleh Pusat Apiari Nasional, Jabatan Pertanian Negeri Johor di Parit Botak Ayer Hitam. 

Lebah Kelulut : Update 3 @ Aug 3

Pada hari sabtu yang lalu aku berkelapangan untuk melawat tapak projek Lebah Kelulut. Oleh kerana kotak madu masih belum siap, so not much I can do on site. Cuma sekadar memeriksa kesemua sarang kelulut supaya tidak dihurungi semut. Hanya dua sarang kelulut aku yang terdapat serangan semut. Itu pun disebabkan Abg Azhar lupa nak sapu minyak hitam disekeliling tong yang dijadikan base.

Lebah Kelulut : Update 2 @ 31 July

Image
Pada 28hb July, selepas subuh aku turun ke kebun. Ingatkan nak pindahkan semua sarang ke atas bukit tapi bila sampai, semua sarang telah menujukkan lebah semua telah keluar untuk berkerja. Cepat betul depa ne gi kerja. Aku juga dimaklumkan oleh penjaga kebun, 6 sarang telah dipindahkan ke atas bukit dan hanya 4 sarang yang tinggal di bawah. So aku gunakan masa yang ada untuk memasang platform sarang dengan menggunakan tong (sampah dan cat). Setaip tong diisikan tanah untuk memberatkannya dan menjadikannya lebih stabil sikit. Aku juga telah membuat sample kotak madu menggunakan sample yang dibuat oleh Pembekal. So kat sini aku share sedikit gambo yang telah aku buat. Dalam bidang ini tiada yang betul atau salah. Semuanya menggunakan segala pengalaman dan resource yang ada untuk mengurangkan kos permulaan. Aku pening camne nak betulkan gambo camne... Sabo aje la Anak Bongsu dipaksa menjadi Model  Toya jer muka dia bila disuruh action!! Setiap tong perlulah dilumur denga

Lebah Kelulut : Update 1 @ 26 July

Image
Seperti yang dirancang, Pembekal sampai di Kuantan pada cuti Nuzul Quran yang lalu tepat jam 4.30am. Aku baru aje nak bersahur. Seusai sahur aku minta dia terus gi kat Masjid Beserah dan tunggu di sana. Lepas solat Subuh, aku terus ke Masjid Beserah. En Azlan minta datang cepat kerana hari semakin cerah dan kelulut sudah mula nak keluar sarang. Dia maklumkan semua sarang tidak ditutup. Tepat jam 6.30am aku sampai di Kebun selepas bertemu En Azlan di Masjid Beserah. Proses unloading Sarang Kelulut dilakukan dengan cepat kerana Lebah Kelulut sudah mula nak keluar untuk mencari makanan. Aku cuma mengarahkan sarang diletakkan secara random di bawah setiap pokok durian untuk sementara sebelum ianya dipindahkan dilokasi tetap di atas bukit. Lokasi sekarang agak berisiko untuk dilanda banjir kalau hujan lebat. unloading  koloni Kelulut Demo MeletakKan Kotak Madu  En Azlan juga telah menunjukan demo bagaimana memotong batang balak untuk dijadikan platform sebelum meletakkan kotak mad

Lebah Kelulut : First Venture

Image
Esok amat bermakna bagi aku kerana tempahan 10 koloni kelulut daripada pembekal di Sg Petani akan samapi awal pagi. Mujurlah esok adalah hari cuti am di Pahang. So bolehlah aku uruskan proses meletakkan kesemua koloni kelulut di kebun. Pembekal telah berjanji untuk menghantarnya malam ini dan dijangka sampai pada awal pagi esok. Ini bermakna aku mengambil risiko yang agak besar dalam bidang ini. Tanpa ilmu di dada tetapi telah terjun dalam bidang ini. Nasib baik la lebah kelulut ini tidak perlu diberikan makanan, kalo idok musti mati kebulur semuanya kerana aku nyer komitmen amatlah kurang. Gambo atas adalah pic yang dihantar oleh pembekal. Antara koloni yang ada dalam stok mereka yang boleh dibeli oleh sesiapa yang berminat. Harga amat berpatutan. Apa2 feedback daripada transaksi pertama ini akan saya update dalam isu yang akan datang. Hopefully Allah SWT akan permudahkan urusan ini serta pemindahan teknologi dan pengetahuan yang akan berjalan lancar.

Peralatan Penternakan Lebah

Image
Penternakan Lebah memerlukan peralatan yang tertentu. Aku x boleh nak explain nama dan jenis alatan yang digunakan. Sebab aku pun x abis skolah lagi dalam bidang ini. So aku share ajer peralatan yang digunapakai dalam industri ini bagi penghasilan madu.