Posts

Projek Arowana : my First Visit

Image
Pada 12hb yang lepas, aku berperluang untuk melawat kolam ikan aku kerana ditugaskan bermesyuarat di Ipoh. Lepas meeting abis aku cabut ke Bukit Merah. Sesampai di sana En Towkeh dah tunggu kedatangan aku. So aku sempat snap gambar ikan yang sudah ada di dalam kolam apabila En Towkeh menawarkan diri untuk menarik pukat bagi menunjukkan bukti ikan ada dalam kolam.                                                 Ikan Arowana                                                En Towkeh n pekerjanya. So 2 minggu lagi baki ikan akan dimasukan. Dalam masa 2 bulan daripada tarikh ikan dimasukan, tuaian kali pertama akan dibuat untuk melihat sama ada sudah ada induk ikan yang bertelur. So kena tunggu lagi 3 bulan lagi la... Insya-Allah akan diupdate sekiranya ada sebarang perkembangan nanti.

Projek Arowana

Image
MOFA- Lokasi Kolam Alhamdullilah, Hasrat dan Doa untuk memulakan projek arowana aku sendiri telah dipermudahkan oleh ALLAH. Semoga perjalanan projek aku ini mendapat berkat dah keredhanNYA. Akhir aku n Partner telah menandatanggani perjanjian perkongsian menternak Ikan Arowana Malaysian Gold dengan syarikat MOFA. Surat perjanjian yang telah dimatikan Stem telah diterima semalam. Ini bermakna aku sudah menjadi tuan ampunya ikan di Kolam No 9. Partner aku pergi melawat site untuk kali kedua bagi menyerahkan dokumen perjanjian kepada EN Azroul MOFA. Selama kami berurusan, ternyata tiada masalah yang timbul. So di sini saya kongsikan gambar lokasi kolam MOFA di Bukit Merah. Ikan aku yg sedang berenang riang.. Pada sebelah malam, my Partner ngan towkey kolam pergi menyuluh ikan kami di Kolam No 9. So dia sempat snap gambo ikan. Currently hanya ada 11 ekor ikan dalam kolam. Baki 9 ekor ikan akan dimasukkan setelah semua pembayaran kami lunaskan. Hopefully induk ikan matang berumur 3 tahu

Projek Arowana

Aku dalam proses penilaian untuk memulakan Projek Arowana. Sistem pawah yang disediakan oleh pengusaha kolam ikan arowana di Bukit Merah. Pencarian pertama dimulakan dengan melayari internet bagi mendapatkan maklumat seberapa banyak yang boleh. Hasil pencarian telah menemukan aku dengan laman2 ini. 1-   www.arowanamofa.com 2-   www.incredibleforce.com.my 3-   www.arowana2u.com 4-   www.arowana-aqua.com 5-   www.blcarowana.com.my 6-   www.arowana.com.my 7-   www.arowanaworld.com Antara jenis arowana yang ditawarkan adalah highback, super highback dan malaysia gold 24K. Arowana Malaysia Goled 24K adalah jenis yang paling mahal. Harga induk matang antara RM13-15K seekor. Manakala Highback antara RM6-7K dan Super Highback antara RM7-9K bergantung kepada syarikat yang anda berurusan. Pada 23hb Julai, aku berpeluang untuk berjumpa dan berbincang dengan towkey MOFA yang dalam perjalanan ke Terengganu. Kami berbincang berhubung cadangan aku untuk menyewa satu kolam dan jenis ikan ya

Tips penjagaan udang galah

Source : Utusan Malaysia UDANG galah atau nama saintifiknya macrobrachium rosenbergii, berada dalam keluarga palaemonidae bersifat omnivora, cenderung aktif pada waktu malam. Ia hidup di air tawar dan air payau seperti di sungai, paya, saliran, tasik dan perairan lain yang biasanya mempunyai hubungan air dengan laut.Udang galah boleh diternak secara sejenis atau monokultur mahu pun polikultur dengan ikan atau secara ternakan bersepadu bersama itik, lembu dan haiwan lain. Pengurusan ternakannya mudah dan jarang diserang penyakit serta jangka masa ternakan yang agak singkat. Bagaimanapun kini, taburannya agak terbatas di kawasan perairan yang tidak tercemar dan di kolam-kolam ternakan.Udang galah sesuai diternak kerana mempunyai permintaan yang baik di samping harga pasarannya yang agak tinggi. Penyediaan kolam Di Malaysia saiz biasa kolam udang adalah antara 0.25 ekar hingga 1.5 ekar dengan kedalaman sekitar satu hingga dua meter (m). Kolam yang terlalu cetek menyebabk

Usahawan Cendawan

Pergh!! Tak sesia aku letak banner affiliate UsahawanCendawan.com kat lam blog aku... walaupun sekian lama sebagai penyeri, tapi bulan ini ianya telah memberikan hasil yang pertama. Terima kasih kepada pengunjung blogku yang telah membeli pakej usahawa cendawan. H anya RM40.00 sahaja dan anda sudah boleh memperolehi ilmu untuk memulakan bisness cendawan. This is to inform you that xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx has transferred RM12 to your Maybank account for Komisyen UsahawanCendawan.Com on 05/13/11 13:45:57 via Maybank2u.com. Please check your account balance. This is a system generated email. Please do not reply to it.

Pakej Fertigasi

Image
Pakej Mini Fertigasi Kepada sesiapa yang berminat bolehlah hubungi 012-9086396. Hanya RM295.00 per set yang mengandungi perkara berikut; 1- Pam dan Timer untuk penyiraman automatik 2- Set lengkap untuk 10 pokok ( Baja, paip, anak pokok, polibeg) Walaubagaimanapun, ianya tanpa caj penghantaran. Lokasi tuan ampunya ialah di Kuantan.

Ukuran Keluasan Tanah

Sesiapa yang ada tanah atau ada projek pertanian yang hendak dilaksanakan, ukuran panjang dan keluasan tanah sering menjadi persoalan. ye ler, masa belajar di sekolah dulu, semua sukatan dalam unit Matrik . T api bila berurusan dengan Pejabat Tanah, mula ler kenal ekar, kaki, inci, ela, rantai etc. So disini saya akan berikan sedikit maklumat mengenai ukuran zaman british dan unit Matrik. Ukuran Panjang/jarak 􀂉1 Ling   =0.201168 meter 􀂉1 Kaki   =0.3048 meter 􀂉1 Inci     =0.0254 meter 􀂉1 Meter =3.28084 kaki Ukuran Luas 􀂉1 ekar      =0.404686 hektar 􀂉1 ekar      =4046.86 meter² 􀂉1 hektar   =2.47105 ekar 􀂉1 meter ²  =10.7639 kaki² 􀂉1 kaki²     =0.092903 meter² 􀂉1 meter²   =24.71054 ling²   Tanah Zaman dedulu di sukat menggunakan rantai, kaki etc... kebiasaanya 1 ekar tanah diukur menggunakan ukuran 10 rantai2 iaitu Lebar 1 Rantai kali Panjang 10 Rantai... so kalau ditukar dalam meter2 berapa pula ukurannya? conversion daripada 1 rantai/Chain ke meter