Posts

Info Am - Rahsia Budu

Budu merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno". Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif sep erti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga me

Tambahan Anak Benih

Pada 21hb Oct, Saya dan partners turun kemaman untuk berbincang dengan Tokey Moja berhubung keadaan kebun kami. sampai dalam kul 12.00 tgh. nasib baik tokey moja ada. so, kami pun berbincang mengenai perkembangan projek serai. Untuk makluman, kami terpaksa membeli tambahan 4 beg anak benih untuk membuat sulaman ke atas anak-anak pokok serai yang mati disebabkan kena cabut oleh kera dan dipijak oleh lembu yang masuk dalam kebun. berdasarkan org yang jaga kebun kami, pagar kebun telah roboh disondol oleh lembu yang berkenan sangat dengan kehijaunan anak pokok serai. malangnya orang yang jaga kebun aku lambat nak maklumkan menyebabkan kerosakan anak pokok yang bukan kepalang. sehinggakan aku terpaksa membeli tambahan anak benih. semasa perbincangan, aku memaklumkan mengenai mutu anak benih yang diberikan ada yang kurang baik. terdapat seguni anak benih yang tidak dapat ditanam kerana sudah rosak. so Moja telah berjanji akan menggantikan seguni anak benih untuk aku. so, kepada pengusaha ba

Selamat Hari Raya

Fuh yooo!!! Dah lama tak online... hari ner dah 17 hari dalam bulan syawal. Tapi aku masih baru dapat 3 hari pose sunat... masih ader balance 3 hari lagi... next week kena kasi abis... esok dok leh nak pose sbb aku kena gi kebun untuk baja pokok serai aku... Semalam aku gi Kemaman untuk beli baja jenis Tomai... harga dalam RM130 untuk satu beg seberat 50kg... pokok serai aku dah kena baja untuk pusingan pertama. Berdasarkan manual aku kena gunakan baja N46 untuk 1 beg seberat 1 kg ang ditambah dengan baja Tomai sebanyak 25 kg. baja N46 aku beli kat kedai Peladang di Kuantan. Satu beg seberat 50kg berharga RM150. so untuk pusingan pertama aku kena modalkan RM280.00. balance 25kg baja Tomai boleh aku gunakan untuk pembajaan pusingan kedua. Proses pembajaan pusingan pertama mudah sket kerana kuantiti baja yang sedikit setaip pokok. hanya satu sudu saja untuk setiap pokok yang dibaja secara spot. Baja Tomai dah baja N46 kena campur dahulu dan kemudian barulah ditabur pada setiap pokok. Pro

Bio Daun lancar francais tarik penanam serai

sumber : Utusan Online @ 9/10/8 KOTA BHARU 8 Okt. - Bio Daun Plantation Sdn. Bhd., salah satu pengeluar serai terbesar di Pantai Timur, melancarkan satu sistem francais bagi melahirkan lebih ramai usahawan dan mempercepatkan pengembangan industri berasaskan pertanian. Syarikat yang ditubuhkan pada Ogos tahun lepas kini menawarkan sistem francais kepada orang ramai melalui dua pendekatan termasuk penanaman secara ladang kontrak. Pengarahnya, Mohd. Nizam Mohamed berkata, mereka boleh mengusahakan sendiri tanaman itu dan melalui perjanjian yang akan dimeterai, kesemua hasil tuaian dijual kepada syarikat. ''Satu lagi cara ialah melalui perkongsian di mana syarikat menyuntik modal termasuk kos benih, baja, racun, tenaga pekerja di mana hasilnya dibahagi dua," ujarnya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Setakat ini katanya sambutan golongan petani agak menggalakkan dan kini terdapat 24 hektar di Segamat, juga di Johor dan Pahang manakala 20 hektar lagi di Kelantan telah diu

Selamat Menyambut Hari Raya

Kepada Blogger yang mengikuti blog saya. Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya yang bakal menjelma tidak lama lagi. Hari ini merupakan hari ke-24 kita berpuasa dan ini bermakna lagi 6 hari kita berpeluang untuk berpuasa dan beribadah tanpa gangguan sesiapa kecuali nafsu kita sendiri. Minggu ini merupakan minggu ke-4, anak-anak benih serai saya ditanam untuk fasa 2 dan minggu ke-6 untuk fasa yang pertama. Ini bermakna saya masih ader 2-3 minggu sebelum proses pembajaan yang pertama akan dijalankan. Untuk projek kali ini, saya boleh katakan ianya amat memberangsangkan kerana kadar pertumbuhan anak2 serai amat menggalakkan walaupun terdapat sebilangan anak2 serai yang musnah dikerjakan oleh kera/monyet liar dan juga dipijak lembu yang terlepas masuk dalam kebun saya. bila melihat anak2 serai tumbuh dengan subur dan merimbun, terasa lega dan hilang sedikit kegusaran apabila melihat anak2 serai musnah dilanyak lembu sekawan. Sememangnya pertanian memberikan 1001 kepuasan apabil

Tekun Tani : Yayasan Tekun Nasional

TEKUN TANI Pembiayaan disediakan sebagai modal untuk memula / mengembangkan perniagaan / projek dalam sektor pertanian Aktiviti Tanaman Kontan : Pisang, Jagung, Tebu dan Sayuran Tanaman Hiasan : Orkid, Kaktus dan Bonsai Syarat Kelayakan Asas • Bumiputera dan berumur 18 – 65 tahun. • Mempunyai lesen perniagaan/ permit / daftar perniagaan yang sah. • Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan/projek • Satu pembiayaan untuk satu isi rumah. • Pembiayaan perniagaan sedia ada tidak melebihi RM20,000.00 • Mempunyai tanak sendiri/sewa atau projek usahasama dengan persatuan Belia/Agensi Kerajaan/NGO Syarat Tambahan • Seorang penjamin • Usahawan perlu menyediakan 10% hingga 15% daripada modal keseluruhan perniagaan /projek • Tapak projek berdekatan dengan pejabat operasi TEKUN Jumlah Pembiayaan Pembiayaan adalah berdasarkan keperluan projek yang dilaksanakan di antara RM500.00 hingga RM50,000.00 Tempoh Pembiayaan dan Kaedah Bayaran Balik Tempoh pembiayaan akan mengambil kira temp

Anak Benih Tambahan

Image
Hari ini aku dihubungi oleh En Rahman daripada Moja Ventures memaklumkan bahawa baki anak benih aku yg 7 guni akan dihantar pada petang ini. So terpaksa ler aku cabut sat masa rehat untuk ke tapak projek bagi memaklumkan kepada Pok Chu supaya standby. Nasib baik ler masa aku sampai kat Kg Jabur Pok Chu ade kat umah. so senang ler aku bagi tahu supaya tunggu lori sampai dalam kul 4.00pm ke atas. lepas informed Pok Chu aku balik semula kat opis. Dalam kul 4.00pm lebih, driver lori call aku untuk bertanyakan lokasi kebun aku. rupanya orang lain yang hantar. terpaksa ler aku guide arah ke kebun. Pokok serai yang pertama kali aku tanam sudah berumur hampir 2 minggu. sudah mula mengeluarkan pucuk baru dan bertunas. tetapi terdapat juga poko yang mati sebab dikerjakan oleh kera, dipijak oleh lembu yang sesat masuk dalam kebun aku... terpaksa ler aku tanam balik poko2 yang tercabut dan rebah dipijak oleh lembu. dibawah ner gambo poko serai aku yg sudah berumur 2 minggu... Selesai dengan prose