Posts

MARDI CHERATING, SIRI BAGING

Image
Update 1:- Alhamdullilah, selesai sudah urusan penambahan 21 log kelulut di site Mardi Cherating yg dimulai pada minggu lepas. Kesemua log sudah siap dipasang topping. Pengawasan terhadap log yang sudah siap dipasang topping pada minggu lepas mendapati sudah ada kantung madu yang dibuat dalam kotak topping. Satu perkembangan yang sangat baik. Ternyata sumber nektar, pollen dan sap yang banyak di kawasan sekitar walaupun buat masa kini, pokok2 belimbing telah dibuat pruning yg hampir menyeluruh. Tiang platform  masih berbaki 20 batang sudah siap dipasang. Hanya menanti 20 log yang masih dalam perkiraan untuk ditempah. Moga diberikan kelapangan masa untuk menguruskannya sebelum site di Inderapura dimulakan dengan kerja2 pembersihan nanti.. Update 2:- Kerja2 penambahan log diteruskan lagi dengan penerimaan 20 log baru daripada pembekal Bera, Seorang teman yang mana saya telah berurusan sejak 3 tahun yang lalu. Log sampai semasa perlawan bolasepak antara Pahang menentang K...

Kursus Asas Penternakan Lebah Kelulut 25-26 April @ Beserah

Disebabkan sambutan yg peserta kurang daripada had mininum yang diperlukan, maka sesi kursus ini terpaksa ditangguhkan ke 2-3/5/2015 di ladang Trigonagold di Kg Manggis, Hulu Langgat. Semua peserta yg telah mendaftar telah dimaklumkan mengenai hal ini. Segala kesulitan amatlah dikesali. tq ------------------------------------------------------------------------ Pihak kami masih mencari para peserta yang berhajat mempelajari Teknik Penternakan Lebah Kelulut yang akan diadakan seperti berikut:- Tarikh : 25 & 26 April 2015 Lokasi : Sunan Guest House, Lot 6/1038, Kg Rumbia Beserah 26100 Kuantan Bilangan Peserta : 20 org. Buat masa kini hanya 4 orang yang sudah menempah tempat. lagi 16 orang kekosongan. Daftar Sekarang : Hj Izaharuddin 013-9205789.  Abdullah 013-9213433. SEGERA DAFTAR.

Kenalilah Madu Kelulut Asli

Image
Pengenalan madu kelulut Posting kali ini saya ingin memberikan sedikit ilmu yang boleh dikongsikan kepada para pembaca mengenai madu kelulut. Secara amnya madu boleh dikenali melalui 4 ciri-ciri penting iaitu :- Warna Madu Rasa Madu Bau Madu Kelikatan Madu Warna Madu Warna madu lebah kelulut tidak seragam. Ianya ada yang berwarna jernih dan sehingga gelap pekat. Warna-warna madu ini bergantung kepada tahap kematangan madu yang dituai. Semakin matang madu, semakin gelaplah warnanya. Ia juga bergantung kepada jenis kelulut yang diternak dan sumber makanan yang dominan di kawasan penternakan. Warna-warna Madu (Kelablebahkelulut.com) Rasa Madu Rasa madu lebah kelulut adalah manis dan masam. Adakala terasa agak pahit. Berdasarkan Sijil Kemahairan Malaysia mengenai penternakan kelulut, terdapat 4 rasa madu kelulut iaitu Manis Manis, Manis Masam, Masam Manis dan Masam Masam. Rasa manis madu adalah daripada sumber gula ringkas yang dihasilkan oleh Lebah ...

Lawatan Peserta Kursus Lebah Kelulut Jabatan Pertanian

Image
Pada hari ini 3/4, ladang kami menerima kehadiran 40 orang para peserta kursus penternakan lebah kelulut Jabatan Pertanian Pahang. Para peserta telah menjalani kursus amali selama 2 hari di Pusat Latihan Pertanian Pahang Inderapura. Kehadiran mereka untuk menjalani latihan amali insitu di ladang. walaubagaimanapun disebabkan oleh miscommunication antara urusetia dan pihak kami, maka amali potong log n pindah koloni tidak dapat dijalankan. Kami tidak dimaklumkan untuk menyediakan log bagi aktiviti tersebut. Maaf ya. So kami hanya menyediakan crash course mengenai asas penternakan kelulut dan aktiviti pengurusan ladang. Kami hanya berkongsi pengalaman menjalankan penternakan ini selama almost 3 tahun supaya mereka tidak mengulangi sebarang kesilapan yg telah kami tempohi semasa menjalankan penternakan ini. Para Peserta diberikan penerangan Taklimat Pembukaan Para peserta En Zakaria from Kelantan.

Tuaian Madu Ladang Satellite Madu Plus

Image
Ladang Satellite Madu Plus telah membuahkah hasil yang pertama. Tuaian madu yang pertama daripada 3 koloni sahaja daripada 16 koloni telah menghasilkan 1/2 kg. Koloni lain masih dalam proses penghasilan madu. Koloni lain masih belum kuat. Masih perlukan masa untuk diperkuatkan koloni.

Stokis Madu Plus diperlukan

Image
Pihak Madu Plus mengalu-alukan kepada sesiapa yg berminat untuk menjadi pengedar rasmi produk-produk kami dengan komisyen yg dipersetujui. Anda hanya perlu menghubungi Tn Hj Izaharuddin untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Para pengedar akan dibekalkan barangan ini:- 1- 1 Unit Display Booth spt dlm gambar di atas 2- 1 unit Bunting 3- Flyers 4- Stok madu berdasarkan permintaan Kepada yg berminat sila hubungi 0139205789. Nama anda n no hp akan disenaraikan dalam website kami.

Kursus Asas Penternakan Lebah Kelulut @ Kuantan

Image
Honey Plus Resource akan menganjurkan Kursus Asas Penternakan Lebah Kelulut di Kuantan dengan Kerjasama Trigonagold dan Bayu Kelulut Smart Digital Farm. Pihak kami telah menetapkan tarikh kursus  Siri Pertama akan diadakan pada penghujung bulan April ini. Sehubungan dengan itu, pihak kami mencari 20 peserta yang berminat untuk mempelajari ilmu penternakan lebah kelulut. Detail Kursus adalah seperti berikut:- Kursus        : Kursus Asas Penternakan Lebah Kelulut Tarikh         : 25 & 26 April 2015 (Sabtu & Ahad) Lokasi         : Beserah Kuantan (TBA) Bil Peserta  : 20 peserta Bayaran      : RM450.00 Modul yang ditawarkan           1.Senario & hala tuju industri lebah kelulut. 2.Biologi-Mengenal jenis & kasta Lebah Kelulut 3.Peralatan & pemindahan kloni. 4.Pengurusan kloni. 5.Pengurusan perosak & penyakit. 6.Pengurusan sumber makanan. 7.Peng...