Posts

Botol oh Botol!!!

Image
Pada hari Jummat yg lalu aku terpaksa amik cuti untuk membeli botol madu. Bertolak daripada kuantan jam 8;30am setelah bersarapan nasik lemak di Restoran Zaman. Lokasi yang dituju adalah di Damansara. Berikut adalah pic yang aku snap masa kunjungan ini dilaksanakan. Akhirnya telah selesai urusan pemilihan botol dan lepas ini boleh dihantar ke kedai printing untuk design Brand Madu Plus...

Splitting T. Binghami : Update

Image
Dua pic progress koloni yang telah dipisahkan selepas tempoh seminggu.

Splitting T. Binghami

Image
Pada hujung minggu yang lalu, kami bercadang untuk memecahkan koloni kelulut dari spesis T. Binghami yang telah cuba dipecahkan pada awal januari yang lalu tetapi tidak berjaya. Lapisan atas kotak telah dipenuhi oleh kantung madu dan juga telur. Tetapi pada lapisan bawah, ternyata tiada telur. Ini menandakan kedudukan sarang telur berada dalam lapisan kedua dan atas. Kotak ini merupakan kotak yang pertama aku tempah di kedai tetapi saiznya tidak menepati size yang aku kehendaki. So tawkey tu bagi pree aje kat aku. So hasil splitting amatlah tidak cantik kerana aku gunakan dua kotak yang berlainan size.  Kotak Koloni Yg Hendak dipecahkan Lapisan Atas yg sudah penuh Lapisan atas yg juga telah dipenuhi telur  Dua koloni yang telah dipecahkan - Kotak xsama saiz. hehehe Kedudukan queen tidak dapat dipastikan sama ada berada dalam kotak di atas atau di bawah. So bagi membahagi-bahagikan kelulut dengan sama rata, kedua-dua kotak akan ditukar2 kedudukan dalam selang se...

Lawatan Pegawai Pertanian Pahang

Image
Pada hari Isnin yang lalu, tapak projek kami telah menerima kunjungan En Zainol daripada Pejabat Pertanian Pahang untuk membuat penilaian awalan. Beliau hadir keseorangan pada jam 11.00am setelah seorang lagi pegawai pembangunan tidak dapat menghadirikan diri disebabkan kekangan masa di pejabat. Beliau merupakan seorang kenalan semasa aku menghadiri mesyuarat tindakan BTM di SUK Pahang. Seorang yang sangat vokal dalam bersuara. Komen beliau ialah terdapat koloni yang terdedah dengan cuaca panas. terutama apabila waktu petang. Beliau mencadangkan agar kedudukan pintu masuk tidak berhadapan dengan kedudukan matahari naik dan turun. terutamanya pada waktu petang di mana jangkamasanya amat panjang berbanding dengan waktu pagi. Secara keseluruhannya beliau amat berpuashati dengan keadaan projek dan agak terperanjat kerana kami masih tidak memulakan proses penuaian madu lagi. Sebenarnya aku je yang melengah-lengahkanya kerana tidak mahu kelulut stress selepas proses pemindahan dalam kot...

Madu Plus : Pelawat

Image
Pada hujung minggu yang lalu, tapak projek kami telah menerima dua pelawat yang berminat untuk mempelajari teknik penternakan kelulut. Mujurlah ketibaan mereka sama masa dengan penerimaan sepoluh koloni baru yang baru ditempah dari KB. Dapatlah kami berkongsi ilmu yang sedikit dengan mereka semoga dapat digunapakai dalam projek mereka pula.  Proses Pembelahan Batang Kayu Abg Aji Sedang beraksi.. Jangan diganggu Sifu sedang turunkan ilmu..... Belajar mengutip madu kelulut secara manual Ilmu kenali Koloni Kelulut

Madu Plus

Image
Firtst Draft untuk label brand madu yang akan dikeluarkan kelak.. kena tuko banyak mende especially jenis lebah yang digunapakai ialah lebah madu dan bentu honeycomb lebah madu.. lebah kelulut tersangat lainnya. Second draft akan dikeluarkan. Hari ini juga aku telah menghubungi Jabatan Pertanian Negeri Pahang untuk mendapatkan info dan khidmat sokongan. Maklumbalas yang diberikan amatlah memberangsangkan di mana aku diminta untuk menghubungi Pejabat Pertanian Dearah Kuantan untuk mendaftar sebagai usahawan tani dalam pengkhususan Ternakan Lebah Kelulut dan pengeluaran Madu Kelulut. Moga dipermudahkanNYA.

Kelulut Oh Kelulut!

Image
Madu Plus : Kelulut Trigona Itama Madu Plus : Trigona Itama Gambar ini adalah disumbangkan oleh rakan di Kulim Kedah. Kredit to Mr Hisham atas pic yang disumbangkan. Rasanya dah banyak pic koloni kelulut tetapi almost tiada gambar kelulut secara close & personal. So kali ini saya pamerkan gambar kelulut sedang menghisap madu di bunga pokok jambu. Kelulut sebagai agen pendebungaan yang terbaik sedang menjalankan tugasnya yang dianugerahkan Allah SWT kepadanya tanpa gagal. Seharusnya dalam setiap kebun semestinya ada satu koloni kelulut untuk membantu proses pendebungaan bagi meningkatkan hasil tanaman dengan kos yang paling miniman.