Posts

Cameron : Bee Farm

Image
Penghujung cuti persekolahan yang lalu, kami sekeluarga sempat singah bermalam semalam sahaja di Cameron Highland dalam perjalanan pulang ke Kuantan daripada Ipoh. Selepas penat bermain air seharian di Lost World Of Tambun, kami sekeluarga naik ke Cameron Highland. Semasa dalam perjalanan naik kami singgah di Bee Farm untuk melihat bagaimana lebah diternak serta peralatan yang digunakan.                                             Kotak Koloni Lebah Madu                                                 Koloni Lebah Kelulut Hutan ...

TKPM Pulau Manis

Image
Taman Kekal Pengeluaran Makanan Pulau Manis Lawatan secara tidak sengaja ke TKPM Pulau Manis sewaktu menjalankan kerja2 site survey di Lepar. Sifat ingin tahu bagaimana TKPM beroperasi telah membawa aku ke TKPM Pulau Manis yang dikawalselian Pejabat Pertanian Daerah Kuantan. Berdasarkan signboard ditepi jalan hanya menunjukkan 1.5KM jarak ke lokasi tetapi apabila sudah ditempuhi ianya lebih daripada itu. Adalah dalam  4.5KM dari simpang masuk tadi. Kalau tuan2 berjumpa dengan pintu masuk ladang YP Plantation maknanya anda sudah melalui jalan yang betul. Masuk ke simpang kiri sebelum sampai di pintu masuk Ladang YP Plantation ini dan tempuhi jalan 1.5KM lagi dan anda akan sampai ke sini. Pemerhatian aku mendapati banyak lot kosong yang menandakan tanaman sudah dituai dan dalam proses penggantian tanaman yang baru. Terdapat juga plot yang sedang dalam proses tuaian seperti dalam gambar yang disertakan ini iaitu tanaman Peria dan Timun. Sebenarnya tujuan aku survey lokasi ini adal...

Pokok Anggur : Memangkas dan membaja

Image
Pokok Anggur : Cubaan Pertama Kepulangan ke rumah ayah pada hujung Mei yang lalu telah membawa aku untuk melaksanakan eksperiman kat pokok anggur yang aku tanam pada penghujung tahun yang lalu. Pokok anggur berdaun yang lebat tetapi masih x berbuah. so kepulangan aku kali ini dengan misi untuk membuatkan pokok anggur aku mula berbuah dan tidak selamanya gila daun ajer. So proses yang pertama aku buat adalah menabur baja buah di sekiling pangkal pokok. disebabkan ianya proses try n error so aku tak sukat ler brape banyak baja yang perlu ditabur. main tabur sesuka hati ajer. Setelah baja buah dan bunga ditabur, so mulalah proses menoggelkan pokok anggurku. semua tunas dan dahan yang kecil/ berwarna hijau aku buang. hanya dahan yang besar dan berwarna colkat sahaja yang tinggal. Melihat pokok anggur yang sudah toggel, ayah aku risau plak. takut2 pokok anggur ne terus kojol. tapi aku kata kat ayah, kita tengok dalam masa sebulan dua. In Shaa Allah pokok akan mu...

Lebah Lalat

Image
Lebah Lalat Sekarang tengah musim bunga. Pokok Mangga kat depan umah sudah berputik dan sedang membesar. Manakala pokok mata kucing di sebelah rumah sedang lebat berbunga. Mungkinkah didorong oleh tarikan bunga ini menyebabkan pokok kelat paya dihadapan rumah telah dijadikan tempat persinggahan oleh kawanan lebah lalat ini? Saya dimaklumkan oleh kawan mengenai spesis ini. ianya dinamakan lebah lalat disebabkan oleh saiznya yang kecil berbanding dengan saiz lalat biasa. Bolehkan lebah lalat ini dipindahkan ke dalam kotak dan diternak? Aku x der pengelaman dalam hal ini tetapi amat berminat untuk menceburinya.

Kursus Penternakan Kelulut oleh Mardi

Image
    Gambar Hiasan : Koloni Kelulut saya  Latest Update : 27/1/2014 Kursus Penternakan Kelult akan diadakan pada 25-26 Febuari 2014 di Mardi Serdang. Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi Pn Nora di Talian 03-8943 7238. Kepada peserta yang telah berdaftar dengan group saya, sila hubungi Pn Nora segera sekiranya tidak mendapat panggilan pengesahan daripada beliau pada awal bulan yang lalu. Menurut beliau ada panggilan yang tidak berjawap. ----------------------------------------------------------------- Peserta Kursus masih lagi diperlukan!!! Minta maaf.. Thread yang terdahulu terdelete disebabkan oleh kesilapan teknikal. Kat sini saya cuba untuk repost semula info yang saya ingat. Saya ada berhubung dengan En Masrie dari Mardi berhubung dengan kursus penternakan kelulut yang dianjurkan oleh pihak Mardi. Dukacitanya dimaklumkan kursus telah dilaksanakan pada  bulan 6-7 Feb yang lalu. Sekiranya saya ingin kursus ini diadakan semula, saya kena menc...

Pokok Anggur @ FAT5

Image
Cuti Raya Cina yg lepas aku pulang ke kampung di Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi Johor. Rasanya telah agak lama tak pulang ke rumah Mak selepas balik kampung pada tahun lepas. Semasa pulang ke rumah mak dulu, aku dah Abah ada menanam anak pokok anggur yang di bawa oleh Kak Uda. So kat sini aku share gambar pokok anggur yg aku tanam dulu. Umur ada dalam 3-4 bulan lepas. Aku ada suruh abah buat para untuk memudahkan anak pokok anggur menjalar dengan baik. Tapi abah buat ala kadar ajer pulak. Aku rasa Para yg abah buat ini tak dapat nak bertahan lama. kena salin dengan kayu yang lebih besar dan kukuh. Sekarang ne kena biarkan dulu pokok anggur ini membesar dengan sihat dan kuat sebelum proses membaja bunga dan menoggelkan pokok dilaksanakan. Proses memangkas tunas adalah dieprlukan bagi membolehkan pokok mengeluarkan bunga dan berbuah nanti. So kalau ada para pembaca yg sudi berkongsi pengalaman mengenai penanaman pokok anggur, aku minta berikan komen dalam blog ini. Antara pe...

Lebah Kelulut @ Rumah

Image
 Sarang Lebah Kelulut Hari ini aku berpeluang utk balik ke rumah ayah mertua di Sg Lembing untuk urasan persekolahan anak. Kena uruskan pakaian sekolah anak aku yang terpaksa custom made by my mother in law. So masa lepak di tepi tangga rumah aku sempat snap gambar sarang kelulut spt yg saya share dalam blog ini. Sarang ini sudah lama bermastautin di rumah pak mertua aku. Memula dia bersarang di tepi tingkap dapur rumah and mungkin lokasinya x sesuai sebab bising serta bau masakan menganggu hormon lebah ini, maka koloni kelulut ini telah berpindah di tepi tangga plak. Masalahnya yg timbul adalah camne aku nak pindahkan dalam sarang kotak yang mudah utk dituai madunya? Ada sesiapa yang sudi hendak memberikan idea... you're welcome to share your ideas...