Posts

Usahawan Cendawan

Pergh!! Tak sesia aku letak banner affiliate UsahawanCendawan.com kat lam blog aku... walaupun sekian lama sebagai penyeri, tapi bulan ini ianya telah memberikan hasil yang pertama. Terima kasih kepada pengunjung blogku yang telah membeli pakej usahawa cendawan. H anya RM40.00 sahaja dan anda sudah boleh memperolehi ilmu untuk memulakan bisness cendawan. This is to inform you that xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx has transferred RM12 to your Maybank account for Komisyen UsahawanCendawan.Com on 05/13/11 13:45:57 via Maybank2u.com. Please check your account balance. This is a system generated email. Please do not reply to it.

Pakej Fertigasi

Image
Pakej Mini Fertigasi Kepada sesiapa yang berminat bolehlah hubungi 012-9086396. Hanya RM295.00 per set yang mengandungi perkara berikut; 1- Pam dan Timer untuk penyiraman automatik 2- Set lengkap untuk 10 pokok ( Baja, paip, anak pokok, polibeg) Walaubagaimanapun, ianya tanpa caj penghantaran. Lokasi tuan ampunya ialah di Kuantan.

Ukuran Keluasan Tanah

Sesiapa yang ada tanah atau ada projek pertanian yang hendak dilaksanakan, ukuran panjang dan keluasan tanah sering menjadi persoalan. ye ler, masa belajar di sekolah dulu, semua sukatan dalam unit Matrik . T api bila berurusan dengan Pejabat Tanah, mula ler kenal ekar, kaki, inci, ela, rantai etc. So disini saya akan berikan sedikit maklumat mengenai ukuran zaman british dan unit Matrik. Ukuran Panjang/jarak ô€‚‰1 Ling   =0.201168 meter ô€‚‰1 Kaki   =0.3048 meter ô€‚‰1 Inci     =0.0254 meter ô€‚‰1 Meter =3.28084 kaki Ukuran Luas ô€‚‰1 ekar      =0.404686 hektar ô€‚‰1 ekar      =4046.86 meter² ô€‚‰1 hektar   =2.47105 ekar ô€‚‰1 meter ²  =10.7639 kaki² ô€‚‰1 kaki²     =0.092903 meter² ô€‚‰1 meter²   =24.71054 ling²   Tanah Zaman dedulu di sukat menggunakan rantai, kaki etc... kebiasaanya 1 ekar tanah diukur menggunakan ukuran 10 rantai2 iaitu Lebar 1 Rantai kali Panjang 10 Rantai... so kalau ditukar dalam meter2 berapa pula ukurannya? conversion daripada 1 rantai/Chain ke meter

Pokok Hiasan

Image
Aku tak tahu nama pokok ne. Tapi yang pastinya bukan Pokok Tanduk Rusa. Rasanya specis Pokok Paku. Kepada para pembaca yang tahu nama pokok ne, pls maklumkan kat saya.  Kepada Towkey Nursery yang berhajat untuk mendapatkan bekalan anak pokok ini, kita boleh runding berkenaan harga dan kuantiti. Anak Pokok ini banyak kat rumah Saya.

Selamat Hari Buruh

Image
Selamat hari buruh kepada semua warga pekerja Swasta dan kerajaan diseluruh Malaysia Khasnya dan diseluruh dunia amnya. Ini kerana warga pekerja Malaysia sekarang ne berada di seluruh dunia. Sudah lama aku tak mencoretkan apa2 berita dalam blog ini. Ianya disebabkan oleh aktiviti pertanianku yang sudah makin tidak berapa aktif recently. Kebun durianku sudah sebulan aku tinggalkan sejak hari terakhir membaja dulu. Semalam aku sempat menjenguk sebentar, ternyata pokok durianku sudah makin subur. Begitu juga dengan rumput rampai. sudah makin meninggi. Dalam sebulan dua ne kena merumput pulak. Alhamdulliah, pokok durian sudah mula berputik walaupun bukan keseluruhan pokok di kebun. Pokok yang kurang subur disebabkan pengabaian yang bertahun lamanya juga sudah menunjukkan pemulihan yang memberangsangkan. Pokok Plam Epal yang aku snap dalam coretan ini ditanam dihadapan rumah. Sudah bertahun ianya tidak pernah gagal untuk berbuah. Cuma tuannya sahaja yang kadang2 ajer dapat merasa kemani

Membaja

Hari ini cuaca amat mengizinkan untuk aku menjenguk ke kebun durian orang tua. Kali ini ayah mertuaku join sekali untuk membantu proses membaja. Semalam aku pergi ke Kedai Putik Alam untuk membeli baja NPK. Harga sebeg 50Kg adalah RM95.00. Aku beli 3 beg untuk cover kira-kira 50 pokok durian dan rambutan yang terdapat di Kebun. Dengan purata 3kg untuk sepokok berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Peladang mengenai jenis baja dan cara pembajaan yang betul. Berdasarkan maklumat pertanian yang diperolehi daripada Peladang dan Jab Pertanian, Pokok Durian perlukan pembajaan 4 kali setahun dengan purata 3kg/pokok untuk setiap pusingan. Bagi pusingan pertama iaitu sebelum pokok mula berbunga, baja NPK 15:15:15 perlulah digunakan. Selepas semua buah sudah luruh, Baja NPK 12:12:17:2 perlu ditabur dengan kadar 3kg per pokok. Selepas 3 bulan baja yang sama dengan kadar yang sama perlulah ditabur untuk pusingan ke tiga dan pusingan keempat selepas tiga bulan berikutnya. Kemudian proses

Penyakit Buah Salak

PENYAKIT BUAH SALAK Reput buah (Marasmiellus spp.) Buah diserang akan reput di bahagian pangkal.  Kelihatan misellium putih berbentuk kipas pada buah diserang.  Serangan sering berlaku di musim hujan.  Musnahkan pelepah yang dipangkas dan jga kebersihan ladang.   Bintik daun (Pestalotiopsis spp.) Bintik perang kecil yang kemudiannya membesar dan bercantum.  Serangan serius menyebabkan daun menjadi kering.  Pangkas pelepah daun yang diserang.  Beri pembajaan yang mencukupi. PEROSAK BUAH SALAK Kumbang pengorek pucuk (Protocerius colossus) Kumbang memakan pucuk.  Bila serangan teruk pucuk tanaman akan mati  Pangkas pucuk yang diserang.  Musnahkan larva dan kumbang,   Kumbang pengorek buah (Omotemnus miniatrocnitus) Serangan menyebabkan buah menjadi busuk dan berair.  Musnahkan kumbang dewasa.   Pianggang penghisap buah (Tolumnia spp.) Serangan  pada buah muda menyebabkan buah terbantut.  Pada buah yang tu