Posts

eBook Tanaman Cendawan

Image
Sekiranya anda ingin memulakan Projek Tanaman Cendawan, anda haruslah bersedia dengan ilmu di dada supaya projek tidak akan gagal. Untuk memudahkan anda memenuhi ilmu didada, saya sarankan anda membeli ebook tanaman cendawan yang ditulis oleh En Amirul Hafiz. Dengan hanya membayar RM30.00 sahaja, ilmu dan pengalaman yang bertahun-tahun bergelumang dengan cendawan akan anda perolehi dengan satu klik sahaja. Berikut adalah sedutan ebook tersebut:- Mahukah anda ketahui rahsia bagaimana menjadi seorang usahawan cendawan yang berjaya? Adakah anda memiliki sedikit ruang yang cukup untuk membina kandang ayam atau batas sayur di belakang rumah? Tahukah anda bahawa ruang kecil di belakang rumah anda ini cukup berharga kerana mampu menjana pendapatan sampingan sebanyak RM1000 ke atas sebulan jika diusahakan dengan berkesan! Kemungkinan anda sudah biasa membeli sepeket cendawan di pasaraya Giant atau Jusco dengan harga RM4.00 ke RM5.00. Dalam satu pak...

Agrobank sedia RM67.7j industri burung walit

Image
Ekstrak : Kosmo online 27/5/2010 KUALA LUMPUR - Agrobank memperuntukkan RM67.7 juta untuk membiayai projek berkaitan industri burung walit yang nilai eksportnya kini melebihi RM1 bilion setahun. Pengarah Urusannya, Datuk Ahmad Said ( gambar ) berkata, dana pinjaman yang dilancarkan sejak 19 Mei lepas itu akan membolehkan kira-kira 2,000 pelanggan membina rumah burung walit kos rendah antara RM10,000 dan RM30,000 sebuah. Beliau berkata, faedah pinjaman yang dikenakan ialah 3.75 peratus. "Peruntukan dana ini akan membantu pengusaha burung walit dan orang ramai menceburi industri menguntungkan ini," katanya pada sidang media mengenai dana pinjaman itu di Ibu pejabat Agrobank di sini semalam. Ahmad berkata, peruntukan dana tersebut juga sejajar dengan usaha kerajaan melalui Model Baru Ekonomi (MBE) untuk meningkatkan pendapatan rakyat daripada AS$7,000 (RM23,257) kepada AS$15,000 (RM49,837) setahun. Burung walit ialah antara industri berimpak tinggi yang diberi ...

BHarian : Garis Panduan Industri Burung Walit Diperhalusi : Noh

Garis panduan industri burung walit diperhalusi: Noh => Extract daripada Berita Harian Online. 2010/05/25 : KUALA LUMPUR: Garis Panduan Industri Burung Walit masih perlu diperhalusi di peringkat beberapa kementerian terbabit sebelum dibawa ke Kabinet, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar. Noh berkata, beliau akan berjumpa dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, bagi memperhalusi garis panduan itu. Ia sepatutnya dibentangkan di Kabinet dua bulan lalu. "Saya akan berjumpa dengan Menteri Kesihatan. Kita akan selesaikan perkara ini (garis panduan) tahun ini juga kerana ia perlu untuk pembangunan industri burung walit," katanya. Noh mengulas mengenai garis panduan berkenaan yang disediakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) bagi mengawal dan memantau perkembangan industri itu yang nilainya kini mencecah RM1.5 bilion setahun dan terus meningkat. Terdapat kira-kira 50,000 premis burung walit di seluruh negara dengan kebanyakannya dibin...

Projek Lembu Tenusu

Image
Sewaktu dalam perjalanan pulang daripada K. Trg ke Kuantan, aku dan member berhenti sebentar di Mesra Mall Kerteh. Kami singgah sebentar untuk membeli makanan di Burger King. Semasa menunggu, aku berlegar-legar di sekitar Mall tersebut untuk window shopping. Tetiba aku ternampak satu kaunter promosi projek lembu tenusu yang dilaksanakan oleh Prestige Dairy Farm Sdn Bhd. Aku bila bab projek cam ne memang aku minat nak tahu lebih lanjut. So, bersoaljawablah aku dengan promoter. Berdasarkan maklumat awal yang aku dapat daripada promoter ne, projek ne lebih kurang macam projek pelaburan lintah, ikan keli, serai dan sebagainyalah. Para pelabur akan mengeluarkan wang RM10k untuk membeli induk lembu dan induk tersebut akan diuruskan oleh company ne dengan ikatan kontrak selama 8 tahun. So, lepas sampai umah, aku surf ler internet untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut pasal company ne dan modus operandinya. secara brief apa yg boleh dikongsi adalah spt berikut; Project History On a v...

Arowana

Image
Sedang leka membuka lembaran akhbar, tiba-tiba mata saya terlihat satu artikal promosi projek ikan arowana yang dijalankan oleh Syarikat Oversea Delight Sdn Bhd(ODSB). Mereka beroperasi di Perak. Kepada mereka yang mempunyai wang tetapi tidak mempunyai masa serta kepadakaran untuk mengusahakan projek Ikan Kelisa bolehlah menghubungi syarikat ini untuk mengetahui dengan lebih mendalam pakej2 yang ditawarkan. Pada pengamatan awal saya berdasarkan pemerhatian di website company ini, www.arowana2u.com, syarikat amat serius dalam mengusahakan projek ternakan ikan arowana ini. dengan kepakaran yang ada, pada pendapat saya projek ini mempunyai daya maju. anda boleh memulakan projek dengan melaburkan wang RM380K untuk membeli 20 induk ikan dan akan diberikan sebuah kolam oleh ODSB. ODSB akan menjaga ikan dan membuat tuaian dalam masa 2-3 bulan sekali. Kalau duit tak brape banyak, boleh kongsi dengan member, cari 10 orang untuk kongsi satu kolam. Harga modal bergantung kepada jenis induk ikan y...

Rakan Kongsi Projek Sarang Burung Walet

Saya sedang mencari rakan kongsi yang mahu berkongsi modal untuk bersama-sama berkongsi mendirikan dan menguruskan bangunan sarang burung walet. Jumlah rakan kongsi yang diperlukan adalah seramai 6 orang termasuk diri saya. Jumlah modal yang harus dikeluarkan ialah RM50K seorang. Jangkaan titik mula pulang modal adalah 2.5 tahun hingga 3 tahun. Selepas tarikh ini, kadar pulangan sebulan dijangka 10% daripada modal yang dikeluarkan. Modal hendaklah diuruskan sendiri menggunakan simpanan sendiri/pinjaman persendirian/koperasi/Tekun/Agro Bank dan etc. Lokasi bangunan sedia ada ataupun berdasarkan saranan konsultant. Hanya mereka yang bersedia mengambil risiko sahaja dipelawa. setiap projek yang diceburi semestinya ada risiko yang perlu ditanggung. Sekiranya berminat atau hendak maklumat lanjut, sila email saya di abdulz@streamyx.com.

Happy Mothers Days

To All mothers, happy mothers day. Hujung minggu yang lalu, saya berpeluang untuk menyambutnya dengan adik beradik yang lain dirumah emak di Kota Tinggi Johor. Cuti Hari Hol di Pahang membolehkan saya sekeluarga pulang ke rumah emak di Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi Johor. Hari Ahad, rumah emak dipenuhi dengan jeritan anak sedara yang sedang meningkat umurnya. Sungguh riuh sekali tetapi terasa tetap aman dengan keriuhan tersebut. Selama 3 hari dirumah emak bermakna selama 3 hari juga saya tidak ber'online'. Terasa hendak melapangkan fikiran sepuas-puasnya dirumah emak. Malas nak fikirkan mende lain. Sepanjang perjalanan pergi dan balik, mata aku tak lepas2 melihat kiri dan kanan jalan yang sedang rancak dibina rumah burung. Bermula selepas bandar Pekan hinggalah ke sempadan Endau-Rompin. Sempat juga aku snap beberapa keping gambar untuk dikongsikan bersama. Nantilah bila ada kesempatan gambar tersebut akan diupload kemudian. Semasa dalam perjalanan juga kami singgah di Gerai Le...