Kepada para penternak kelulut, pernahlah anda berasa putus asa bilamana kotak topping madu yg anda buat masih belum dipenuhi kantung2 madu dan lubang kotak masih berterusan ditutup oleh lebah kelulut walaupun sudah berkali2 anda membukanya tetapi kelulut tetap berkeras menutupnya. Berdasarkannya pemerhatian saya, punca perkara ini berlaku adalah disebabkan beberapa faktor iaitu:- 1) koloni kelulut masih lemah semasa proses topping dibuat. 2) kotak topping yang dibuat kurang kemas dan terdapat celahan kayu yang membenarkan cahaya masuk. 3) terdapat gangguan serangga seperti semut dan lain2 lg yang berjaya memasuki kotak topping melalui celahan kotak dan batang kayu yang tidak di 'seal' dengan baik. 4) kotak topping tidak ditutup dengan plastik utk prevent serangan semuat atau anai2. Untuk memastikan kelulut membuat kantung madu dalam kotak dengan cepat, saya memperkenalkan Teknik Ntoh Ler yang paling simple. 1) Pastikan kotak topping dan batang kayu tidak mempunyai cela...