Pemindahan Koloni Trigona
Koloni Kelulut Liar Pada minggu lepas aku n partner telah berpeluang untuk menjalankan aktiviti pemindahan koloni liar yang bersarang dalam tong air yang. So since aku sendiri tiada pengalaman untuk memindahkannya dan juga tiada guru yang hendak mengajarkan bagaimana proses yang terbaik, maka aku gunakan proses DIY yang dirasakan boleh dilaksanakan. Kotak yang dipindahkan koloni kelulut Tong air dibuat pemotongan di bahagian atas dengan menggunakan gergaji. Memula gunakan gergaji besi untuk buat potongan yang cermat tetapi apabila masa yang digunakan terlampau banyak. Maka aku bulldose jer gunakan gergaji kayu. Asalkan boleh buka tong ini. Rupa Sarang Kelulut jenis Thorasica Sarang kelulut jenis ini sangat keras kerana menggunakan sejenis getah kayu untuk membuat sarang dan jalan masuh yang lama ke lamaan ianya menjadi keras seperti batu. Padan ler gergaji besi aku patah seribu. Sarang untuk menempatkan telur kelulut Langkah pertama adalah memindahkan saran...