Posts

Showing posts from March, 2011

Membaja

Hari ini cuaca amat mengizinkan untuk aku menjenguk ke kebun durian orang tua. Kali ini ayah mertuaku join sekali untuk membantu proses membaja. Semalam aku pergi ke Kedai Putik Alam untuk membeli baja NPK. Harga sebeg 50Kg adalah RM95.00. Aku beli 3 beg untuk cover kira-kira 50 pokok durian dan rambutan yang terdapat di Kebun. Dengan purata 3kg untuk sepokok berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Peladang mengenai jenis baja dan cara pembajaan yang betul. Berdasarkan maklumat pertanian yang diperolehi daripada Peladang dan Jab Pertanian, Pokok Durian perlukan pembajaan 4 kali setahun dengan purata 3kg/pokok untuk setiap pusingan. Bagi pusingan pertama iaitu sebelum pokok mula berbunga, baja NPK 15:15:15 perlulah digunakan. Selepas semua buah sudah luruh, Baja NPK 12:12:17:2 perlu ditabur dengan kadar 3kg per pokok. Selepas 3 bulan baja yang sama dengan kadar yang sama perlulah ditabur untuk pusingan ke tiga dan pusingan keempat selepas tiga bulan berikutnya. Kemudian proses...

Penyakit Buah Salak

PENYAKIT BUAH SALAK Reput buah (Marasmiellus spp.) Buah diserang akan reput di bahagian pangkal.  Kelihatan misellium putih berbentuk kipas pada buah diserang.  Serangan sering berlaku di musim hujan.  Musnahkan pelepah yang dipangkas dan jga kebersihan ladang.   Bintik daun (Pestalotiopsis spp.) Bintik perang kecil yang kemudiannya membesar dan bercantum.  Serangan serius menyebabkan daun menjadi kering.  Pangkas pelepah daun yang diserang.  Beri pembajaan yang mencukupi. PEROSAK BUAH SALAK Kumbang pengorek pucuk (Protocerius colossus) Kumbang memakan pucuk.  Bila serangan teruk pucuk tanaman akan mati  Pangkas pucuk yang diserang.  Musnahkan larva dan kumbang,   Kumbang pengorek buah (Omotemnus miniatrocnitus) Serangan menyebabkan buah menjadi busuk dan berair.  Musnahkan kumbang dewasa.   Pianggang penghisap buah (Tolumnia spp.) Serangan...

PANDUAN PENANAMAN POKOK SALAK

PANDUAN MENANAM SALAK Dua jenis salak yang dimajukan secara komersil pada masa ini ialah salak tempatan (Salacca glabrescens Griff) dan salak Indonesia (Salacca edulis Reinw).  Di antara salak tempatan yang popular ialah salak raja, salak belulang, salak nangka dan salak kesumba. Salak Indonesia yang popular di sini terdiri daripada salak medan dan salak bali. Dari segi mutu, salak Indoneisa adalah teknologi penanaman salak perlu diberi perhatian: PENDEBUNGAAN Bagi salak tempatan, pendebugaan boleh berlaku melalui angin dan serangga.Ini berbeza dengan salak Indonesia yang memerlukan pendebugaan berbantu kerana tidak banyak spesies serangga yang tertarik dengan debunganya. Bagi pegeluaran secara komersil, pendebugaan berbantu adalah digalakkan untuk pegeluaran hasil yang lebih tinggi. NAUNGAN Pokok salak memerlukan naungan yang berbeza megikut peringkat pertumbuhan pokok. Pada peringkat awal pertumbuhannya, pokok salak memerlukan 70...