Pemilihan Klon Pokok Durian
SISTEM CAMPURAN DAN KOMBINASI KLON-KLIN DURIAN Pada amnya, adalah disyorkan bahawa 3-5 klon ditanam bagi sesuatu dusun durian komersil untuk pendebungaan dan pasaran. Bagi sesuatu kawasan klon-klon yang disyorkan adalah terdiri daripada 3 kategori seperti berikut:- Klon Utama Klon-klon Subsidiary Klon-klon Tempatan Klon Utama Bagi sesuatu dusun komersil, perlu ada klon utama yang terdiri daripada 50-70% daripada jumlah pokok yang ditanam. Dalam keadaan tertentu dua klon utama boleh ditanam. Klon-Klon Subsidiary Selain daripada klon utama, 2-4 klon subsidiary perlu ditanam untuk tujuan pendebungaan dan juga untuk pasaran. Klon-klon ini terdiri dari senarai klon-klon durian yang disyorkan. Klon-klon Tempatan Klon-klon tempatan merupakan klon-klon yang banyak terdapat dan terbukti berprestasi baik di sesuatu kawasan setempat. Pemilihan klon-klon ini adalah bebas dan terpulang kepada kehendak pekebun. Bi...