Fertegasi
Ari ini aku melawat tapak projek cili fertegasi yang dilaksanakan oleh kawan daripada Koperasi Agro Jaya Pahang Berhad di Kampung Pandan. Sampai di sana aku disambut oleh En Latif yg merupakan penyelia di Tapak Projek . Tapak projek berkeluasan 12 ekar tetapi hanya kira2 4 ekar telah digunakan untuk penanaman cili fertegasi. Terdapat sekitar 7 ribu pokok cili telah ditanam melalui dua fasa. Fasa pertama, pokok sudah sedia di tuai pada awal bulan oktober. fasa kedua melibatkan 1300 pokok akan dituai dalam masa 2 bulan. Dijangkan kira2 18tan cili padi akan dituai sehingga abis musim. aku dalam proses pembelajaran bagi memulakan projek aku sendiri. Masa hanya tuhan sahaja tahu bila aku sudah berani nak memulakanya. Aku ada snap beberapa gambo dan akan aku upload dalam blog ini sedikit masa lagi... ari ne x berape berkesempatan sebab perut agak kekenyangan kerana menghadiri Jamuan Raya. Gambo yang aku snap adalah spt gambar anak pokok semaian, pokok matang, sistem paip, etc.