Posts

Showing posts from August, 2010

Merdeka! Malaysia

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 53 tahun. Sudah separuh abad umur Malaysia dan sepatutnya sudah semakin matang. Tetapi hakikatnya kita masih tercari-cari formula untuk memastikan hubungan antara kaum tetap stabil seperti sebelum ini. Malam 31hb aku dan family dalalam perjalanan balik daripada KL ke Kuantan. Singgah sebentar pekena Satey Kajang Hj Kasmuri di Gombak sebelum meneruskan perjalan pulang. Aku sebenarnya tidak perasan malam tersebut adalah malam 31hb sehinggalah aku berhenti sebentar di R&R Temerloh kerana rasa mengantuk yang semakin menggila. Bila sampai di R&R, aku terdengar bunyi mercun yang dilepaskan oleh kakitangan R&R dan baru ler aku teringat tentang malam istemewa ini. Kepada rakan2 sekalian, selamat menyambut hari kemerdekaan diucapkan. Dan yang teramat penting sekali, Ramadhan sudah menghampir 2/3 bulan. Kita sudah masuk 10 hari terakhir dalam bulan Ramadhan. Semoga diberikan kelapangan oleh Allah supaya dapat memperbanyakan ibadah di hari-...

Buah Mulberi

Image
During weekend, semasa menunggu waktu berbuka, aku ronda2 di belakang rumah dan snap gambar buah Mulberi yang sedang hampir masak. Buah Mulberi muda berwarna hijau dan akan bertukar kepada warna pink apabila makin membesar. Warna pink akan bertukar kepada warna merah dan  rasa buah pada waktu ini adalah sangat masam. Akhirnya buah Mulberi akan bertukar kepada warna purple pekat apabila sudah masak 100%. Pada waktu ini rasa buah adalah sangat manis sekali. Pada waktu ini, buah sudah boleh dipetik dan dimakan secara segar. Kalo nak buat jem Mulberi, buah yang masak 100% hendaklah dicampurkan sedikit dengan buat yang hampir masak (60-80%). Kadar pecahan aku tak tahu sebab buah mulberi aku belum cukup banyak nak buat esperimen. la ne cukup untuk aku makan anak beranak. Buah yang masam diperlukan bagi menggantikan air limau sebagai agen pengawet kalo x silap aku la.

Pajero Burukku 2

Dah dekat sebulan pajeroku meragam. Bila pulas kunci, x bunyi apa2. Selama itulah aktiviti pertanian aku tergendala kerana tak boleh nak ke kebun. Buah durian kat kebun akhirnya diserahkan kepada sepupu di Beserah untuk mengutipnya. Selepas tertangguh untuk memanggil mekanik untuk tengok2kan pajeroku disebabkan perancangan keluarga yang seringkali menghalang, last weekend mekanik telah datang dan tengokkan pajero kesayanganku itu. Bila aku terangkan simptom penyakit, stright away mekanik tur dah boleh detect puncanya. Disebabkan tiada jumper wire dan kereta yang bersesuaian, maka mekanik tur terpaksa cabut bateri dan membawanya ke bengkelnya untuk di charge semula. Dia menjangkakan bateri aku dah kong. Setelah proses charging secara maksimum iaitu selama 2 hari, bateri dipasang semula ke pajeroku. Setelah dibuat ujian, pajeroku telah berjaya dihidupkan selepas almost sebulan terperap kat bawah pokok di depan rumah. Caj yang dikenakan hanya RM25 sahaja. Murah. So pada sesiapa ya...

Ramadhan Datang Lagi

Selamat menyambut Ramdhan kepada semua pembaca. Moga Ramadhan yang hadir pada kali ini membawa seribu rahmat kepada semua warga Malaysia. Bulan yang penuh berkah ini agar dapat dipenuhi dengan ibadat dan kerja2 yang membawa manfaat kepada semua. Rakan kongsi projek serai aku ada menelefon dalam dua hari lepas memaklumkan beliau dapat berjumpa dan towkeh Moja Ventures semasa pulang melawat kubur orang tuanya di Kuala Terengganu. Melaluinya kami dapat menghubungi En Rahman, orang kuat Moja yang mana kami pernah berurusan jualbeli serai sebelum urusan seterusnya dibatalkan kerana kegagalan pihak pembeli membuat pembayaran. Dua2 towkey Moja ini sudah membuat business yang lain dan menurut kata mereka, projek tidak menjadi disebabkan kontrak pembekal tersebut telah diserahkan kepada sebuah syarikat di India disebabkan harga yang lebih kompetatif berbanding Malaysia. Aku kurang termakan dengan alasan yang diberikan kerana pada aku, sebelum kita buat kerja seharusnya bahagian pemasaran dip...

Anak Pokok Mulberi 5

Image
Fasa kedua penyemaian anak benih telah dijalankan seminggu yang lalu. Oleh kerana bekalan batang pokok mulberi yang sesuai untuk dicambahkan semakin berkurangan, hanya 12 polibeg yang berjaya disemai. Batang2 pokok mulberi yang telah direndam dengan penggalak akar semalaman telah ditanam dalam polibeg yang berisi tanah. Selepas tempoh seminggu, batang2 anak pokok mulberi telah mula mengeluarkan tunas. Sehingga kini, kira2 31 buah polibeg yang berisi anak pokok mulberi telah berjaya ditanam. Harap jangkaan asal sehinggan 50 anak pokok akan berjaya dicapai. Anak2 pokok Fasa pertama telah mula mengeluarkan daun2 yang secondary dan mula mengeluarkan bunga. Pada masa kini, buah tidak sesuai dikutip.