Posts

Kursus Penternakan Lebah Kelulut

Image

Serangan Black Soilder Fly

Image
Salah satu punca kegagalan koloni kelulut adalah disebabkan serangan bsf ini. Bsf akan menyerang koloni yg lemah dengan bertelur dalam ruangan telur koloni. Anak2 bsf yang Menetas dalam betul larve akan memakan telur koloni kelulut sehingga habis dan akhirnya bertukar kepada bsf dewasa. Boleh disimpulkan bsf suka bertelur di kawasan yg lembap dan mempunyai sumber makanan larve yg cukup. So far tiada cara untuk menhilangkan serangan ini. Apa yg saya perhatikan serangan akan berlaku selepas proses penuaian dijalankan. Mungkin bsf masuk dalam hive melalui pintu masuk setelah tertarik dengan bau madu yang manis. Bau madu jni dikesan disebabkan proses penuaian madu yang kurang cermat. Banyak madu tumpah dalam kotak hive. BSF Dewasa Larva BSF Nanti saya share camne keadaan hive yg diserang oleh bsf ini.

Harga Pasaran Madu Kelulut Asli

Image
Berikut adalah rencana mengenai harga pasaran madu kelulut asli.  En Fahmiee MARDI : RM500/kg 

Madu Plus

Image
Inilah stok kami yg baru siap dibotolkan dan dilabel. Sedia untuk dijual.  Madu Plus : 100g & 250g botol  Madu Plus : 100g & 250g botol

Teknik Ntoh Ler!!!

Image
Kepada para penternak kelulut, pernahlah anda berasa putus asa bilamana kotak topping madu yg anda buat masih belum dipenuhi kantung2 madu dan lubang kotak masih berterusan ditutup oleh lebah kelulut walaupun sudah berkali2 anda membukanya tetapi kelulut tetap berkeras menutupnya. Berdasarkannya pemerhatian saya, punca perkara ini berlaku adalah disebabkan beberapa faktor iaitu:- 1) koloni kelulut masih lemah semasa proses topping dibuat. 2) kotak topping yang dibuat kurang kemas dan terdapat celahan kayu yang membenarkan cahaya masuk. 3) terdapat gangguan serangga seperti semut dan lain2 lg yang berjaya memasuki kotak topping melalui celahan kotak dan batang kayu yang tidak di 'seal' dengan baik. 4) kotak topping tidak ditutup dengan plastik utk prevent serangan semuat atau anai2. Untuk memastikan kelulut membuat kantung madu dalam kotak dengan cepat, saya memperkenalkan Teknik Ntoh Ler yang paling simple. 1) Pastikan kotak topping dan batang kayu tidak mempunyai cela

Madu Plus

Image
Syukur Alhamdullilah akhirnya produk madu kami telah berjaya dihasilkan secara rasminya apabila dibotolkan dan dilabelkan menggunakan nama Madu Plus. Botol yg kami gunakan ialah 100ml dan 250ml tetapi bila disukat menggunakan penimbang rupanya ianya memberikan bacaan 150g utk botol 100ml dan 300gram utk botol 250ml. Ternyata madu yang mempunyai kelikatan yg tinggi berbanding air menghasilkan berat yg tidak sama. Untuk makluman semua, madu 100ml kami dijual pada harga rm35.00 dan 300ml dijual pada harga rm90.00. Kpd yg berminat bolehlah berhubung dengan saya di talian 013-9213433 atau hj izaharuddin 0139273579 atau email di honeyplus75@gmail.com. postal charge ikut lokasi masing2.

Kursus Penternakan Kelulut Advance

Image
Pada 24hb august yg lepas, aku dan partner telah mengikuti kursus advance penternakan kelulut yang dijalankan oleh seorang sahabat di hulu langat... My Iqra Solution yang diketuai oleh en sazali.. beliau mempelopori teknik pemecahan koloni tanpa perlu membelah batang kayu. Teknik yang agak mudah utk digunapakai tanpa perlu merisikokan koloni kelulut yg sudah stabil dalam batang kayu.. Aku dan partner bertolak ke kl pada sebelah malam dan bermalam di taman datuk keramat. Tepat selepas subuh kami bertolak ke kampung manggis hulu langat. Kursus yang juga disertai seramai 11 org telah dilaksanakan dalam kumpulan kecil bagi membolehkan penyampaian yang berkesan diberikan kepada semua peserta. Pada sebelah pg kami diberikan teori mengenai semua isu yg dihadapi para penternak dan cadangan cara mengatasinya.. Kursus yg hebat..xrugi untuk para penternak menyertainya. Kos yg murah tp oulangan yg tidak bernilai.. Teknologi Mencegah Serangan BSF Teknik Anaku yg Berjaya : Sel telur

Lawatan ke Ladang Seri Bayu Farm, Changloon Kedah

Image

Kursus Pengenalan Penternakan Lebah Kelulut

Image
Kami akan mengadakan series of kursus penternakan lebah kelulut yang akan diadakan fi lokasi Changloon, KEDAH pada 1-3/10 ini. Kepada sesiapa yg berminat sila hubungi urusetia.

Membantu Rakan - Koloni En Mat

Image
Dua minggu lepas aku membantu sahabatku untuk membuat toping dan membelah batang kayu kelulut. Untuk batang yang pertama aku cadangkan untuk membuat toping sahaja kerana struktur kayu yang baik dan tegak. Mudah untuk dipasang atas platform nanti. Kotak toping telah disediakan oleh beliau. Aku cuma perlu untuk memberikan nasihat bagaimana untuk membuat pemotongan kayu bagi membuang ruangan madu dan pollen di bahagian atas. Setelah kayu di potong di bahagian atas dekat dengan ruangan broadcell, kotak toping diletakkan di bahagian atas dan dipakukan. Manakala di bahagian bawah pula dipasang bracket menggunakan besi antara batang kayu dengan platform. Kotak kedua pula dinasihatkan untuk dibuat pembelahan batang kayu kerana pintu masuk cik lut berada dekat dengan bahagian atas kayu. Ini menyebabkan pemotongan bahagian atas tidak boleh dilaksanakan kerana kedudukan broadcell akan berada jauh di bawah dan pemotongan akan memusnahkan laluan masuk tersebut. Kotak Sarang dibuat menggunak