Lebah Kelulut : Update 1 @ 26 July
Seperti yang dirancang, Pembekal sampai di Kuantan pada cuti Nuzul Quran yang lalu tepat jam 4.30am. Aku baru aje nak bersahur. Seusai sahur aku minta dia terus gi kat Masjid Beserah dan tunggu di sana. Lepas solat Subuh, aku terus ke Masjid Beserah. En Azlan minta datang cepat kerana hari semakin cerah dan kelulut sudah mula nak keluar sarang. Dia maklumkan semua sarang tidak ditutup. Tepat jam 6.30am aku sampai di Kebun selepas bertemu En Azlan di Masjid Beserah. Proses unloading Sarang Kelulut dilakukan dengan cepat kerana Lebah Kelulut sudah mula nak keluar untuk mencari makanan. Aku cuma mengarahkan sarang diletakkan secara random di bawah setiap pokok durian untuk sementara sebelum ianya dipindahkan dilokasi tetap di atas bukit. Lokasi sekarang agak berisiko untuk dilanda banjir kalau hujan lebat. unloading koloni Kelulut Demo MeletakKan Kotak Madu En Azlan juga telah menunjukan demo bagaimana memotong batang balak untuk dijadikan platform sebelum meletakkan kotak mad