Posts

Serangan Bena Perang

Serangan ulat yg dialami rupa-rupanya adalah disebabkan Bena Perang. Sudah disahkan oleh Pakar. Ulat tersebut berada dalam batang pokok setelah menetas daripada telur. Hidup dengan memakan cairan dalam batang sehingga menjadi matang dan bertukar kepada kepompong. Pokok yang diserang akan menjadi layu dan ahkirnya mati. Bahagian yang diserang : Pangkal batang Pokok Serai Peringkat diserang : Mula tanam hingga dituai Tanda Kerosakan Serangga dewasa dan anak jelmaan merosak pokok padi secara menghisap cairan pokok dan menyebabkan pembesaran pokok terbantut. Jika populasi perosak tinggi dan dibiarkan tanpa kawalan, pokok serai akan menjadi kuning dan akhirnya kering. Keadaan ini disebut "hopper-burn" sama spt pokok padi. Kawalan Sembur racun serangga yang disyorkan apabila populasi bena perang mencapai 20 ekor dewasa/perdu dan 50 ekor anak/perdu. Jenis racun yng disyorkan adalah buprofezin, buprfezin + isoprocard, imidacloprid, fipronil dan thiamethoxam. dicadangkan menggunakan R

Serangan Ulat

Image
Ulat dalam btg serai.. Ternyata projek ini penuh dengan cubaan dan rintangan. ingatkan tanam serai ini tanamanya tahan lasak dan kurang serangan penyakit. tapi ternyata jangkaan awal meleset belaka. Pokok-pokok serai yang mulanya merimbun hijau makin layu dan kering. rimbunan yang besar dan gemuk semakin jadi mengecil dan akhirnya layu dan kering. Pening jugak kepala bila melihat pokok2 serai yang sudah hampir matang semakin layu dan kering. So, kami memulakan siasatan rapi dengan mencabut beberapa rumpun serai yang terkena penyakit. saisatan terhadap batang serai mendapati terdapat kesan lecur dan lubang yang banyak. kebanyakkan pangkal batang serai mereput dan apabila batang disiat, kami mendapati terdapat banyak ulat yang mendiaminya. terdapat juga ulat yang sudah menjadi kepompong. so, kami simpulkan, pokok serai kami sudah diserang serangga. terpaksa ler kami merujuk kepada Moja Ventures dan Peladang untuk membeli racun yang sesuai. kami akan maklumkan kepada semua pembaca racun

Membaja kedua

Image
Sudah hampir 2 minggu ku tidak dapat turun ke kebun. Dihujung2 tahun ini banyak pula perkara yang pelu diselesaikan dan menuntut pehatian dengan kadar segera. aku baru ajer balik daripada Alor Star kerana ada urusan keluarga. Minggu ner baru ada peluang untuk menjenguk kebun serai aku. So kali ner dapat le peluang untuk membuang rumput dan membaja untuk pusingan kedua. Perkara pertama yang aku lakukan bila sampai dikebun adalah memeriksa pagar kebun. ini kerana aku dapati terdapat kesan tapak kaki lembu yang agak banyak dalam kebun aku. ini pasti terdapat pagar yang telah rosak disondol lembu... memeng betul pun... ader sebatang pagar yang telah reput dan tumbang disondol lembu. aku kena ganti balik dengan kayu yang baru. tapi nasib baik ler tak banyak kerosakan yang dikesan kerana pokok serai aku sudah agak besar. banyak kesan tapak kaki lembu dikesan di antara baris sahaja. nasib baik ler... Baja kali ner aku buat disekeliling pokok supaya pokok mendapat nutrien yang maksimum.

Lawatan Tetamu

Pada 9/11, projek kami telah didatangi oleh En Syamsul daripada Indera Mahkota. Beliau mendapat maklumat projek ini setelah melayari blog kami. terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi datang untuk melihat perkembangan projek ini. Semasa beliau datang, kami sudahpun selesai membuat sulaman anak benih yang baru. kami membawa beliau melawat kawasan sekitar projek serai kami. disamping itu dapat juga saya berkenalan dengan beliau. Belaiu merupakan tetamu kami yang pertama datang melawat projek ini. kami amat berbesar hati menerima kunjungan beliau walaupun jauh di sudut hati saya berasa agak malu nak menunjukkan projek serai kami kerana keadaan yang kurang sesuai untuk menerima sebarang tamu buat masa sekarang. Disebabkan beliau beria nak datang so terpaksa le kena entertain.. hehehhe....

Jenis Baja dan cara campuran baja

Image
Jenis Baja N46 yang digunakan. Baja Organik Tonmai. Sorry gambo guni dia lain kali jer Cara mencampurkan kedua-dua baja. kena kreatif sket..

Penyulaman Anak Pokok Serai

Image
Pada minggu ini, aku dah partner telah membeli 5 guni nak serai yang mengandungi 6ooo batang anak serai. aku bercadang untuk membuat sulaman bagi menggantikan anak2 serai yang telah mati atau nampak amcam nak mati. kami bercadang untuk menggunakan 4 batang serai dalam setiap perdu setelah berbincang dengan Moja Ventures. penggunan 4 btg serai dalam setiap perdu akan membolehkan kami memperolehi 1500 perdu pokok serai. tapi kami kena delaykan sediak proses tuaian bagi membolehkan setara dengan perdu yang menggunakan 6 batang pokok serai. kerja menugal agak sukar kerana tanah sudah menjadi agak padat dan keras kerana hari tak hujan semalam. so terpaksa ler kena jadi kreatif sket. instead gunakan batang tugal, aku pakai parang jer untuk buat lubang. peh!!! ingatkan bleh settlekan 5 guni benih dalam masa satu hari tapi tak boleh plak... sbb kami ner bukan nya lasak sangat. org seminggu skali berkebun dan setiap ri keja dalam pejabat yang sejuk dengan aircond... bila berjemur panas dan kena

Anak Pokok Serai

Image
Just nak share dengan semua pembaca blog saya. gambar ne dirakam sewaktu saya membaja untuk pusingan yang pertama. Baja secara spot dan rumput yang telah dicabut diletakan disepanjang baris untuk mereput dan boleh dijadikan baja semulajadi kepada pokok serai saya. Gemuk dan subur anak pokok ini. sedap mata melihatnya. Tapi bila tengok anak pokok yang mati kena gigit dek kera dan dipijak dek lembut yang sesat, makin ler sakit hati... cam nak tembak jer minatang tur....