Posts

Membaja kedua

Image
Sudah hampir 2 minggu ku tidak dapat turun ke kebun. Dihujung2 tahun ini banyak pula perkara yang pelu diselesaikan dan menuntut pehatian dengan kadar segera. aku baru ajer balik daripada Alor Star kerana ada urusan keluarga. Minggu ner baru ada peluang untuk menjenguk kebun serai aku. So kali ner dapat le peluang untuk membuang rumput dan membaja untuk pusingan kedua. Perkara pertama yang aku lakukan bila sampai dikebun adalah memeriksa pagar kebun. ini kerana aku dapati terdapat kesan tapak kaki lembu yang agak banyak dalam kebun aku. ini pasti terdapat pagar yang telah rosak disondol lembu... memeng betul pun... ader sebatang pagar yang telah reput dan tumbang disondol lembu. aku kena ganti balik dengan kayu yang baru. tapi nasib baik ler tak banyak kerosakan yang dikesan kerana pokok serai aku sudah agak besar. banyak kesan tapak kaki lembu dikesan di antara baris sahaja. nasib baik ler... Baja kali ner aku buat disekeliling pokok supaya pokok mendapat nutrien yang maksimum.

Lawatan Tetamu

Pada 9/11, projek kami telah didatangi oleh En Syamsul daripada Indera Mahkota. Beliau mendapat maklumat projek ini setelah melayari blog kami. terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi datang untuk melihat perkembangan projek ini. Semasa beliau datang, kami sudahpun selesai membuat sulaman anak benih yang baru. kami membawa beliau melawat kawasan sekitar projek serai kami. disamping itu dapat juga saya berkenalan dengan beliau. Belaiu merupakan tetamu kami yang pertama datang melawat projek ini. kami amat berbesar hati menerima kunjungan beliau walaupun jauh di sudut hati saya berasa agak malu nak menunjukkan projek serai kami kerana keadaan yang kurang sesuai untuk menerima sebarang tamu buat masa sekarang. Disebabkan beliau beria nak datang so terpaksa le kena entertain.. hehehhe....

Jenis Baja dan cara campuran baja

Image
Jenis Baja N46 yang digunakan. Baja Organik Tonmai. Sorry gambo guni dia lain kali jer Cara mencampurkan kedua-dua baja. kena kreatif sket..

Penyulaman Anak Pokok Serai

Image
Pada minggu ini, aku dah partner telah membeli 5 guni nak serai yang mengandungi 6ooo batang anak serai. aku bercadang untuk membuat sulaman bagi menggantikan anak2 serai yang telah mati atau nampak amcam nak mati. kami bercadang untuk menggunakan 4 batang serai dalam setiap perdu setelah berbincang dengan Moja Ventures. penggunan 4 btg serai dalam setiap perdu akan membolehkan kami memperolehi 1500 perdu pokok serai. tapi kami kena delaykan sediak proses tuaian bagi membolehkan setara dengan perdu yang menggunakan 6 batang pokok serai. kerja menugal agak sukar kerana tanah sudah menjadi agak padat dan keras kerana hari tak hujan semalam. so terpaksa ler kena jadi kreatif sket. instead gunakan batang tugal, aku pakai parang jer untuk buat lubang. peh!!! ingatkan bleh settlekan 5 guni benih dalam masa satu hari tapi tak boleh plak... sbb kami ner bukan nya lasak sangat. org seminggu skali berkebun dan setiap ri keja dalam pejabat yang sejuk dengan aircond... bila berjemur panas dan kena

Anak Pokok Serai

Image
Just nak share dengan semua pembaca blog saya. gambar ne dirakam sewaktu saya membaja untuk pusingan yang pertama. Baja secara spot dan rumput yang telah dicabut diletakan disepanjang baris untuk mereput dan boleh dijadikan baja semulajadi kepada pokok serai saya. Gemuk dan subur anak pokok ini. sedap mata melihatnya. Tapi bila tengok anak pokok yang mati kena gigit dek kera dan dipijak dek lembut yang sesat, makin ler sakit hati... cam nak tembak jer minatang tur....

Merumput & Membaja

Image
Proses penjagaan pokok serai selepas proses penanaman adalah lebih tertumpu kepada aspek merumput dan membaja. Merumput adalah proses berterusan yang bertujuan untuk mengurang atau menghalang pertumbuhan rumput liar yang akhirnya akan menjadi pesaing kepada anak pokok serai dalam mendapatkan nutrien yang mencukupi. proses merumput terbahagi kepada dua iaitu mencabut rumput dan meracun. Sekiranya bilangan rumput yang tumbuh tidak banyak seeloknya rumput2 yang tumbuh dicabut sahaja menggunakan tangan. Tetapi sekiranya rumput yang tumbuh agak banyak, proses merumput boleh dibuat dengan memesin rumput dengan menggunakan mesin pemotong rumput. Selepas rumput di mesin pendek barulah proses meracun dengan menggunakan racun rumpai yang sesuai boleh dilaksanakan. Apabila meracun ianya hendaklah dilakukan dengan berhati-hati supaya racun tidak terkena daun serai. Biasanya semburan yang digunakan adalah semburan yang kecil dan ditujukan rapat kepada tanah serta jauh daripada rumpun pokok. seboleh

Info Am - Rahsia Budu

Budu merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno". Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif sep erti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga me