Merumput & Membaja
Proses penjagaan pokok serai selepas proses penanaman adalah lebih tertumpu kepada aspek merumput dan membaja. Merumput adalah proses berterusan yang bertujuan untuk mengurang atau menghalang pertumbuhan rumput liar yang akhirnya akan menjadi pesaing kepada anak pokok serai dalam mendapatkan nutrien yang mencukupi. proses merumput terbahagi kepada dua iaitu mencabut rumput dan meracun. Sekiranya bilangan rumput yang tumbuh tidak banyak seeloknya rumput2 yang tumbuh dicabut sahaja menggunakan tangan. Tetapi sekiranya rumput yang tumbuh agak banyak, proses merumput boleh dibuat dengan memesin rumput dengan menggunakan mesin pemotong rumput. Selepas rumput di mesin pendek barulah proses meracun dengan menggunakan racun rumpai yang sesuai boleh dilaksanakan. Apabila meracun ianya hendaklah dilakukan dengan berhati-hati supaya racun tidak terkena daun serai. Biasanya semburan yang digunakan adalah semburan yang kecil dan ditujukan rapat kepada tanah serta jauh daripada rumpun pokok. seboleh