Posts

Panduan Tanaman Serai

Extracted from http://pertanianmjg.perak.gov.my/panduan_tanamserai.htm TANAMAN SERAI Sepintas Lalu: Serai memerlukan kawasan terbuka bagi membolehkan penerimaan cahaya matahari yang cukup untuk pertumbuhan. Jika ditanam di kawasan yang kurang mendapat cahaya matahari, pertumbuhannya akan terbantut. Taburan hujan yang seragam dengan jumlah antara 250 cm dan 300 cm paling baik. Benih serai ditanam sebanyak tiga batang setiap lubang dalam barisan dengan jarak 2 kaki x 3 kaki. Jarak ini sesuai bagi memudahkan kerja-kerja menuai. Anak pokok serai mula membiak setelah 2 minggu ditanam. Untuk meningkatkan tumbesaran serai, baja NPK hijau pada kadar 5-10 g/rumpun diberi pada peringkat serai berumur 1, 2, 3 dan 4 bulan. Cara membaja ialah dengan menabur sedikit baja di sekeliling pokok. Setelah serai berumur 5 bulan, baja NPK biru pula dibubuh. Tanaman serai tidak memerlukan banyak penjagaan. Jika terdapat pertumbuhan rumpai, 'bush cutter' boleh digunakan bagi mengurangkan pengg

KOPEDIK - Tanaman Serai

extracted form www.kopedik.com.my Kopedik merupakan sebuah koperasi yang berpusat di Kelantan aktif mempelbagaikan cabang perniagaan dengan menceburi bidang pertaniaan terutama tanaman serai secara kontrak. KOPEDIK kini membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk mengusahakan tanaman serai secara ’contract farming’. ’Contract Farming’ di sini bermaksud pengusaha tidak perlu menjual serai yang dihasilkan sebaliknya ia akan dibeli oleh KOPEDIK sepenuhnya. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1- Berdaftar sebagai ahli KOPEDIK dengan bayaran sebanyak RM99.00 (banyak kelebihan) 2- Menyediakan tanah tidak kurang dari 5 ekar 3- Menyediakan modal RM3,000 bagi setiap ekar untuk anak benih dan baja 4- Bersetuju menjual kepada KOPEDIK dengan harga RM0.70 sekilo 5- Bersetuju memeterai perjanjian kontrak belian balik 6- Bersetuju menerima lawatan dan pemantauan dari wakil KOPEDIK ke ladang yang diusahakan KAEDAH PENANAMAN 1 ekar tanah bersamaan dengan 43,560 kaki persegi Sistem penanaman seperti berikut

Tunas Anggur

Image
Pokok Anggur yang aku tanam pada minggu lepas dah ada yg mengeluarkan tunas. Peh!!! kira sejuk juga ler tangan aku ner bila bab menanam pokok ini. semalam aku siram pokok dan mula kira anak benih yg sudah tumbuh... dalam 18 polibeg yang aku semai, lebih daripada separuh sudah menunjukkan tanda2 akan bertunas dan ader yang sudag bertunas pung. la ne tgh dok study camne nak pindahkan ke lokasi sebenar dan camne nak jaga... secara teori cam dah tahu tapi pratikal kena belajar melalui pengalaman. Projek serai aku akan masuk bab menanam pada hari Ahad ne 10hb Aug. Anak benih dijadualkan sampai pada hari tersebut tapi tak sure pukul brape? so kena standby kat kebun ler aku ari tur... aku dah kabo kat partner dan Pak Chu untuk standby.

Pokok Anggur

Projek Serai masih belum bolh diteruskan untuk faa seteusnya kerana anak benih masih belum dapat. kami dijanjikan anak benih yang ditemah untuk satu ekar akan sampai pada awal bulan August. Untuk sementara waktu, kami siapkan tapak projek dengan membuat pancang2 baris anak benih dan merapikan struktur pagar. Ini kerana masih terdapat tapak2 kaki haiwan dalam tapak projek dan ini bermakna pagar yang dipasang telah bolos. macam rancangan BOLOS! jer kat TV astro bila aku tengok pagar aku yang robek disondol BABI.... Saya sebenarnya sudah lama berangan nak tanam pokok anggur dan sudah agak bertahun jugak mencari anak benihnya. Tetapi semasa menghantar anak bongsu kat rumah sepupu di Sungai Isap, tetiba aku diberitahu Pokok Anggur tur ader kat tepi pagar umah dia. sudah bertahun pokok anggur tu kat situ... aku pong dah beberapi kali gi umah dia tapi tak perasan plak kewujudan pokon tur... so bila aku beritahu hasrat aku nak tanam pokok ner dan dah bertahun carik anak benih, dia pun berilah

Potensi serai dikomersialkan

sumber Utusan Online 23hb Julai 2008. BACHOK - Serai, tanaman yang kebiasaannya ditanam di pinggir rumah dan sering digunakan sebagai bahan perencah bagi menambahkan aroma dan keenakan masakan. Namun, tidak semua yang mengetahui serai juga berpotensi dikomersialkan secara besar-besaran dan boleh meraih pendapatan lumayan daripada hasil hilirannya. Tumbuhan yang dikatakan paling mudah penjagaannya, paling murah kos penanamannya serta paling kurang musuh perosak ini mula mendapat pasaran meluas dan kepelbagaian kegunaan industri di dalam dan luar negara. Dengan nilai semakin tinggi dan permintaan kian melonjak, ia terus berkembang dengan kaedah penanaman secara perladangan termasuk di Kelantan. Ia lebih terarah kepada pasaran eksport terutamanya bagi bekalan industri aroma terapi kerana ekstraknya dianggap setaraf dengan gaharu. Bio Daun Plantation Sdn. Bhd., sebuah syarikat bumiputera tempatan menyedari potensi besar ini dengan mengorak langkah ke arah pengeluaran secara komersial. Mala

Surat Kontrak Tanaman Serai

Image
Surat Perjanjian Kontrak Tanaman Serai

Fasa Kedua Proses Penanaman

Image
Sekarang Projek sudah masuk fasa kedua iaitu persediaan tapak sebelum anak benih dibawa masuk dan ditanam. Fasa Pertama penyediaan tapak sudah selesai. To recap Fasa pertama adalah seperti berikut; 1- Membersihkan tapak projek daripada semua jenis tumbuhan dengan mengunakan JCB/Tractor. 2- Meracun rumput bagi memastikan tapak bersih daripada rumput 3- Penyediaan pagar kawasan 4- Menggali kolam takungan air sebagai sumber air alternatif 5- Membajak tanah bagi mengemburkan struktur tanah Fasa kedua boleh dirumuskan seperti berikut; 1- Menyediakan sistem siraman anak benih 2- Menanda baris 3- Menanam anak benih 4- Menjadualkan penyiraman dan penjagaan anak benih Anak benih diwajibkan disiram pada setiap hari selama 7 hari selepas proses penanaman selesai. Cara siraman bergantung kepada resources yang penanam ada. sebagai contoh, menggunakan air sungai atau kolam takungan sekiranya tapak projek mempunyai resources ini. Penanam hanya memerlukan water pump dan paip yang disambungkan sistem s