Posts

Kursus Asas Ternakan Lebah Kelulut MARDI

Image
Org Kuat Mardi - Hj Hamdan Pada 25-26/2 bertempat di MARDI Serdang, telah diadakan kursus asas ternakan lebah kelulut yang telah disertai seramai 30 daripada 31 peserta yang telah mendaftar. Beberapa nama yang mendaftarkan diri mereka dalam blog aku juga telah menyertai kursus ini seperti Hj Romali dari  Kelantan, Pn Ratena, En Shafri dan lain-lain. Terima kasih kerana menyertai kursus ini. Semoga ilmu yang diperolehi daripada kursus ini dapat diaplikasikan semasa menjalankan projek kelulut ini pada masa hadapan. Sekiranya memerlukan sokongan bolehlah berhubung dengan aku atau rakan perserta yang lain. Penerangan Kenali Kelulut Liar di Lapangan Pada pagi 25hb, kami telah didedahkan teori ternakan lebah kelulut terutama jenis2 yang ada di Malaysia serta jenis yang boleh di komersilkan. kami juga telah didedahkan banyak perkara mengenai habitat kelulut, lokasi pencarian madu/pollen, heraki koloni kelulut yang tidak banyak berbeza dengan Lebah Madu. Demonstrasi Koloni Kel...

Pemindahan Koloni Kelulut : Diteruskan..

Image
Madu Plus : Penyediaan Kotak Kelulut Madu Plus : Pemindahan Pintu Masuk Sarang Baru Madu Plus : Sarang Kelulut yang telah dibelah Madu Plus : Telur Kelulut & Kantung Madu Madu Kelulut : Proses Pemindahan Kantung Madu

Perkembangan Terkini Projek

Image
Madu Plus : Barisan Koloni Kelulut Saje aje nak kongsikan sedikit perkembangan projek lebah kelulut. Sudah 20 ++ koloni kelulut telah berjaya dipindahkan daripada dalam kayu balak kepada kotak-kotak madu yang dibuat khas. Kemudiannya kotak2 ini diletakkan di atas platform yang dibina khas, yang mana pada setiap kayu telah diletakkan kain yang dicelupkan dengan minyak hitam bagi menghindarkan semut dan anai-anai. Kayu juga telah dipilih daripada jenis kayu yang telah dimasak dan pada hujung yang dibenamkan ke dalam tanah telah disapu juga dengan minyak hitam bagi menghindarkan serangan anai2. Kalau kena serang juga, sembur ajer ler dengan redsect tetapi kena perhatikan arah angin sebelum semburan dibuat. Jangan sampai residu semburan mengenai kotak kelulut yang lain.. Barisan Kotak-kotak Kelulut Kotak Kelulut ditutup dengan zink untuk mengelakan hujan dan mengekalkan suhu. Bekalan 10 koloni kelulut yang baru ditempah daripada Kubang Kerian sudah sampai semalam 6/2/2014 ja...

Pemisahan Koloni

Image
Pertama kami melakukan proses pemisanhan yang dipelajari daripada YouTube. Saya tak pasti sama ada ianya akan berjaya atau tidak kerana koloni yang ketiadaan ratu akan mengambil masa sedikit untuk menghasilkan sel ratunya sendiri apabila telah menyedari ketiadaan ratu dan seterusnya ratu menetas dan mengawan sendiri. Ianya lebih kepada try n error. Semoga dipermudahkanNYA.  Koloni Asal  Koloni yang baru   Lokasi Koloni lama dan baru

Kotak Kelulut

Image
Kotak Kelulut untuk dijual Kotak Kelulut untuk dijual. RM75.00 per kotak dan min order adalah 10 Set. Kos penghantaran mengikut lokasi. Sekiranya berminat sila call saya di talian 013-9213433. Required min 1 minggu untuk proses pembuatan. Tengah pening camne nak tegak pic ne.... any idea?

Overdrive Phase

Image
Projek aku mengalami fasa overdrive disebabkan keadaan persekitaran yang amat berisiko. Ianya perlu dilaksanakan bagi menyelamakan koloni yang masih ada. Sejak diserang oleh monyet/kera beberapa kali yang telah memusnahkan beberapa koloni maka kami memutuskan untuk mengambil langkah drastik dengan memindahkan koloni kelulut ke dalam kotak kelulut yang diperbuat daripada kayu dan diletakkan di atas platform yang dibina khas. ini akan menyebabkan sarang berada dalam keadaan kukuh dan tidak mudah jatuh atau tumbang apabila ditolak oleh monyet/kera. Tiang2 kotak kelulut Platform Kelulut last sekali adalah memindahkan koloni kelulut daripada batang balak/kayu kepada kotak kelulut yang dibuat khas. Proses pemindahakan ini hendaklah dibuat dengan berhati-hati bagi mengelakkan ratu kelulut mati/lari dan sarang terjejas dengan teruk. Lupe doh camne nok tegakkan pic ne.. dalam folder molek je.

Selamat Tahun Baru 2014

Image
Projek Kelulut Terbaru : Pemasangan Tiang Projek Kelulut Terbaru : Pemasangan Tiang Projek Ternakan Kelulut terpaksa mengambil langkah kritikal dengan mengubah modus operandi setelah kotak2 madu yang telah sedia untuk dituai, rosak ke semuanya apabila diserang dengan kera/monyet liar yang kelaparan disebabkan musim tengkujuh. Langkah pertama adalah menyediakan tiang untuk meletakkan kotak2 kelulut nanti. Kotak2 kelulut sekarang ini sedang dalam proses pembinaan oleh tukang kayu yang baru dilantik setelah lama pending. Once ready koloni kelulut sedia ada akan dipindahkan ke dalam kotak kelulut dan kemudiannya diletakkan atas platform yang disediakan. Projek Lebah : Pembinaan Pondok Projek Lebah : Pembinaan Pondok Projek Lebah juga mengalami nasib yang sama. Daripada 5 haif pada permulaan, yang tinggal hanya 3 apabila 2 haif kosong disebabkan koloni yang lari. Mungkin disebabkan limpahan hujan yang melampau menyebabkan keadaan kotak lebah yang lembab dan mempercepatkan...