Posts

Lebah Kelulut : Update 2 @ 31 July

Image
Pada 28hb July, selepas subuh aku turun ke kebun. Ingatkan nak pindahkan semua sarang ke atas bukit tapi bila sampai, semua sarang telah menujukkan lebah semua telah keluar untuk berkerja. Cepat betul depa ne gi kerja. Aku juga dimaklumkan oleh penjaga kebun, 6 sarang telah dipindahkan ke atas bukit dan hanya 4 sarang yang tinggal di bawah. So aku gunakan masa yang ada untuk memasang platform sarang dengan menggunakan tong (sampah dan cat). Setaip tong diisikan tanah untuk memberatkannya dan menjadikannya lebih stabil sikit. Aku juga telah membuat sample kotak madu menggunakan sample yang dibuat oleh Pembekal. So kat sini aku share sedikit gambo yang telah aku buat. Dalam bidang ini tiada yang betul atau salah. Semuanya menggunakan segala pengalaman dan resource yang ada untuk mengurangkan kos permulaan. Aku pening camne nak betulkan gambo camne... Sabo aje la Anak Bongsu dipaksa menjadi Model  Toya jer muka dia bila disuruh action!! Setiap tong perlulah dilumur d...

Lebah Kelulut : Update 1 @ 26 July

Image
Seperti yang dirancang, Pembekal sampai di Kuantan pada cuti Nuzul Quran yang lalu tepat jam 4.30am. Aku baru aje nak bersahur. Seusai sahur aku minta dia terus gi kat Masjid Beserah dan tunggu di sana. Lepas solat Subuh, aku terus ke Masjid Beserah. En Azlan minta datang cepat kerana hari semakin cerah dan kelulut sudah mula nak keluar sarang. Dia maklumkan semua sarang tidak ditutup. Tepat jam 6.30am aku sampai di Kebun selepas bertemu En Azlan di Masjid Beserah. Proses unloading Sarang Kelulut dilakukan dengan cepat kerana Lebah Kelulut sudah mula nak keluar untuk mencari makanan. Aku cuma mengarahkan sarang diletakkan secara random di bawah setiap pokok durian untuk sementara sebelum ianya dipindahkan dilokasi tetap di atas bukit. Lokasi sekarang agak berisiko untuk dilanda banjir kalau hujan lebat. unloading  koloni Kelulut Demo MeletakKan Kotak Madu  En Azlan juga telah menunjukan demo bagaimana memotong batang balak untuk dijadikan platform sebelum meletakkan ...

Lebah Kelulut : First Venture

Image
Esok amat bermakna bagi aku kerana tempahan 10 koloni kelulut daripada pembekal di Sg Petani akan samapi awal pagi. Mujurlah esok adalah hari cuti am di Pahang. So bolehlah aku uruskan proses meletakkan kesemua koloni kelulut di kebun. Pembekal telah berjanji untuk menghantarnya malam ini dan dijangka sampai pada awal pagi esok. Ini bermakna aku mengambil risiko yang agak besar dalam bidang ini. Tanpa ilmu di dada tetapi telah terjun dalam bidang ini. Nasib baik la lebah kelulut ini tidak perlu diberikan makanan, kalo idok musti mati kebulur semuanya kerana aku nyer komitmen amatlah kurang. Gambo atas adalah pic yang dihantar oleh pembekal. Antara koloni yang ada dalam stok mereka yang boleh dibeli oleh sesiapa yang berminat. Harga amat berpatutan. Apa2 feedback daripada transaksi pertama ini akan saya update dalam isu yang akan datang. Hopefully Allah SWT akan permudahkan urusan ini serta pemindahan teknologi dan pengetahuan yang akan berjalan lancar.

Peralatan Penternakan Lebah

Image
Penternakan Lebah memerlukan peralatan yang tertentu. Aku x boleh nak explain nama dan jenis alatan yang digunakan. Sebab aku pun x abis skolah lagi dalam bidang ini. So aku share ajer peralatan yang digunapakai dalam industri ini bagi penghasilan madu. 

Cameron : Bee Farm

Image
Penghujung cuti persekolahan yang lalu, kami sekeluarga sempat singah bermalam semalam sahaja di Cameron Highland dalam perjalanan pulang ke Kuantan daripada Ipoh. Selepas penat bermain air seharian di Lost World Of Tambun, kami sekeluarga naik ke Cameron Highland. Semasa dalam perjalanan naik kami singgah di Bee Farm untuk melihat bagaimana lebah diternak serta peralatan yang digunakan.                                             Kotak Koloni Lebah Madu                                                 Koloni Lebah Kelulut Hutan ...

TKPM Pulau Manis

Image
Taman Kekal Pengeluaran Makanan Pulau Manis Lawatan secara tidak sengaja ke TKPM Pulau Manis sewaktu menjalankan kerja2 site survey di Lepar. Sifat ingin tahu bagaimana TKPM beroperasi telah membawa aku ke TKPM Pulau Manis yang dikawalselian Pejabat Pertanian Daerah Kuantan. Berdasarkan signboard ditepi jalan hanya menunjukkan 1.5KM jarak ke lokasi tetapi apabila sudah ditempuhi ianya lebih daripada itu. Adalah dalam  4.5KM dari simpang masuk tadi. Kalau tuan2 berjumpa dengan pintu masuk ladang YP Plantation maknanya anda sudah melalui jalan yang betul. Masuk ke simpang kiri sebelum sampai di pintu masuk Ladang YP Plantation ini dan tempuhi jalan 1.5KM lagi dan anda akan sampai ke sini. Pemerhatian aku mendapati banyak lot kosong yang menandakan tanaman sudah dituai dan dalam proses penggantian tanaman yang baru. Terdapat juga plot yang sedang dalam proses tuaian seperti dalam gambar yang disertakan ini iaitu tanaman Peria dan Timun. Sebenarnya tujuan aku survey lokasi ini adal...

Pokok Anggur : Memangkas dan membaja

Image
Pokok Anggur : Cubaan Pertama Kepulangan ke rumah ayah pada hujung Mei yang lalu telah membawa aku untuk melaksanakan eksperiman kat pokok anggur yang aku tanam pada penghujung tahun yang lalu. Pokok anggur berdaun yang lebat tetapi masih x berbuah. so kepulangan aku kali ini dengan misi untuk membuatkan pokok anggur aku mula berbuah dan tidak selamanya gila daun ajer. So proses yang pertama aku buat adalah menabur baja buah di sekiling pangkal pokok. disebabkan ianya proses try n error so aku tak sukat ler brape banyak baja yang perlu ditabur. main tabur sesuka hati ajer. Setelah baja buah dan bunga ditabur, so mulalah proses menoggelkan pokok anggurku. semua tunas dan dahan yang kecil/ berwarna hijau aku buang. hanya dahan yang besar dan berwarna colkat sahaja yang tinggal. Melihat pokok anggur yang sudah toggel, ayah aku risau plak. takut2 pokok anggur ne terus kojol. tapi aku kata kat ayah, kita tengok dalam masa sebulan dua. In Shaa Allah pokok akan mu...