Posts

Showing posts from January, 2015

Mardi Cherating - Agro Tourism

Image
Hari ini aku berpeluang untuk melawat Mardi Cherating untuk membuat penilaian awal bagi kesesuaian Honey Plus Resources melebarkan sayap di kawasan ini. Aku dan rakan kongsi telah bertolak ke Cherating pada jam 9.45am. Kami singgah di Balok untuk mengambil En Samsudin pegawai TP Mardi yang merupakan pegawai penyelia projek. Kami sampai dilokasi tepat jam 11am dan telah dibawa melawat ke kawasan lokasi projek tanaman belimbing. Menurut En Samsudin, tapak ini telah menjadi lokasi menempatkan 5 orang peserta UAM dalam menjalankan projek penternakan lebah kelulut yang pada permulaannya menempatkan sekitar 130 koloni kelulut. Tetapi lawatan aku kali ini mendapati hanya 1 koloni kelulut yang masih bertahan. ermm nampaknya sudah berkubur projek ini. Aku telah dimaklumkan disebabkan penyeliaan yang kurang oleh peserta telah menyebabkab bilangan koloni semakin berkurangan. Ia  juga memaklumkan bahawa serangan semut, babi dan kera menjadi penyumbang utama ditambahkan pula keadaan pokok b...

Pokok Akasia Mangium & Lebah

Image
Aku berkesempatan untuk melawat lokasi tapak projek lebah kelulut di Pusat Latihan Pertanian Inderapura bagi melihat progres pembinaan infrastruktur. Ternyata tidak banyak perubahan seperti lawatan aku bulan lepas. Pembinaan Culvert ke tapak projek masih belum disiapkan. Aku menuju ke Pejabat Kejuruteraan Jentera PLPI untuk berjumpa Pegawai Bertugas dan berbincang mengenai status projek tersebut. Beliau ada di Pejabatnya dan perbincangan mesra telah berlangsung. Kami mendapat maklumat yang diperlukan dan juga perancangan yang akan dilaksanakan pada tahun ini oleh ketua jabatan. Alhamdullilah, kami perlu bersabar sedikit masa lagi untuk dibenarkan beroperasi secara rasmi. Lawatan di tapak juga membolehkan aku captured berapa pic lebah tualang yang sedang mencari nektar di celahan daun Pokok Akasia Mangium. So berbesar hati untuk berkongsi dengan semua pembaca. Pokok Akasia menghasilkan nektar daripada celahan daunnya yang mula menitis pada sebelah pagi dengan cuaca yang panas terik....