Posts

Showing posts from 2014

MAHA 2014

Image
MAHA 2014 sudah masuk hari kedua terakhir baru aku berpeluang untuk melawatnya. Tujuan utama adalah untuk melihat perkembangan penjualan madu kelulut yg kami letakkan di booth jualan rakan dan juga melihat sekitar pavalion state Pahang utk melihat barang yang kami letakkan sebagai pameran.  Aku juga berpeluang berjumpa dengan rakanku Sazali untuk berbincang perkembangan perniagaan masing2.

Koloni G. thoracica

Image
Pic yg aku sertakan dalam posting kali ini adalah pic daripada seorang teman penternak yg telah membuka kotak koloni thorasica.. aku amat berbesar hati untuk berkongsinya dengan para pelayar blog ini. Semoga beroleh manfaat atas perkongsian ini. kepada sahabatku, aku mohon perkenan untuk kongsikan gambar koloni tuan di blog ini. Jangan marah ya.. Dalam pic ne jelas menunjukkan broodcell yg berwarna cokelat dan berlapis2. Disinilah terletaknya sell telur jantan, betina dan sel ratu. Ratu menghabiskan sepanjang masa disini. Terdapat juga kantung madu dan kantung roti lebah @ bee bread yang bèrwarna kuning. warna madu agak gelap menunjukkan madu sudah matang. pada waktu ini rasa madu masam2 kemanisan.

Pokok Bunga AMP @ Ulam Raja

Image
ari ne 8 Nov 2014, aktiviti di ladang amatlah ringan. Partner ada urusan di Kuala Terengganu meninggalkan aku kesorangan di ladang. Ditambah pula dengan kerosakan pajero yg masih belum dibaikpulih menyebabkan aku berlenggang je ke ladang. semua tool ditinggalkan di rumah. Perkara yg pertama dilaksanakan di ladang ialah menyiram anak pokok bunga AMP @ Honolulu Creeper dan Pokok Ulam Raja. Mujurlah pagar sempadan sudah dibaiki, maka sang lembu sudah tak boleh nak merayau2 dalam kebun. Ulam Raja & AMP Anak Pokok Bunga Air Mata Pengantin @ Honolulu Creeper

Lawatan ke Ladang Kelulut Honey Plus Resources

Image
Terima kasih atas kesudian para pelawat yg berkunjung ke Ladang Kelulut Madu Plus yang xseberapa ini. semoga tuan/puan memperolehi ilmu yang boleh digunapakai di hari muka. Kami tiada apa yg dapat ditawarkan kecuali sedikit ilmu dan perkongsian pengalaman menternak kelulut yang baru menjangkau setahun jagung ini.

Mini MAHA @ UTC KUANTAN 2014

Image
Road to MAHA Pahang 2014 telah menutup tirainya pad 2 Nov sebentar tadi. ianya merupakan pengalaman yang amat menarik syarikat kami pelajari utk julung2 kalinya penyertaan. walaupun hadir dengan persiapan yang ala kadar disebabkan notis singkat, kami berjaya menjayakannya dengan menghasilkan jualan yang memberangsangkan. Kami pelajari teknik marketing yg paling sempoi. berjaya meningkatkan bilangan jualan yg mendung pada hari pertama dengan berlipat kali ganda pada hari kedua dan ketiga dengan memilih prospect pelanggan dan membuat pujukan supaya singgah ke kaunter jualan. pada tahun hadapan kami akan membuat perubahan yg drastik terutama display yang lebih menonjol dan menambahkan beberapa eleman info untuk memastikan lebih ramai pelanggan singgah ke booth. Lebih ramai pelanggan yg singgan lebih banyak peluang untuk kami convert ke jualan. Kami juga berpeluang untuk berkenalan dengab otai lebah tualang pahang iaitu en napi yg telah dianugerahkan dengan peladang jaya pada t

Road to MAHA @ UTC Kuantan 31-2 Nov

Image
Pada tahun ini, kami telah berpeluang utk mengikuti program Road To MAHA @ UTC KUANTAN pd 31 oct - 2 Nov 2014 selama 3 hari.  Hari ini hari pertama dan jualannya amat lembap sekali kerana mungkin kerana hari kerja bagi org2 Kuantan. Hopefully esok di mana upacara perasmian dibuat oleh MB Pahang akan membawa pengunjung yg bertambah.

Sumber Nektar : Pokok Air Mata Pengantin

Image
Pokok Bunga Air Mata Pengantin Kepelbagaian jenis pokok yg perlu ditanam atau ada berdekatan dengan koloni kelulut adalah amat penting untuk kesejahteraan koloni. Pengetahuan jenis pokok yg perlu ditanam juga penting bagi memastikan sumber makanan kelulut sentiasa ada sepanjang tahun dan berdekatan. Sumber makanan yg hampir dengan koloni juga penting supaya kelulut tidak perlu terbang terlalu jauh dari sarang dan hanya membawa pulang sedikit nektar ke koloni untuk diproses menjadi madu. jarak yang terlalu jauh sumber makanan akan menyebabkan kelulut memakan sebahagian besar nektar yang dipungut semasa perjalanan pulang untuk sumber tenaga. kat sini saya perkenalkan sejenis pokok yg boleh membantu para penternak memastikan sumber nektar dan pollen sentiasa ada iaitu Pokok Air Mata Pengantin, AMP. Pokok ini sejenis pokok menjalar yang memerlukan sokongan kayu/para. ia juga memerlukan sumber cahaya yang terus kepadanya untuknya berbunga. so pokok AMP xboleh ditanam di bawah pokok.

Penubuhan Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Malaysia

Image
Bertempat di Dewan MTBIC Mardi Serdang pada 16 Okt 2104 jam 2.30pm mesyuarat penubuhan Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Malaysia atau dengan nama singkatannya PUKM telah selamat dilaksanakan dengan jayanya. Mesyuarat yang dihadiri oleh min 7 wakil negeri trlah dijalankan dengan sempurna. Mesyuarat juga telah menetapkan perkara2 berikut:- 1- Nama dan alamat persatuan. 2- Maksud dan tujuan persatuan. 3- Keahlian 4- Bayaran, yuran dan lain2 bayaran. 5- Jawatankuasa 6- Logo Lain2 perlembagaan mengikut standard perlembagaan yang ditetapkan oleh ROS. Jawatankuasa PUKM telah dipersetujui seperti berikut:- 1× presiden 1x timbalan presiden 2x naib presiden 1x setiausaha kehormat 1x bendahari agung 5x ahli jawatankuasa 2x pemeriksa kira2 1x pemegang amanah presiden boleh melantik setiausaha dan 2 orang ajk biasa tambahan sekiranya perlu. borang keahlian pukm akan diedarkan setelah penubuhan pukm diluluskan oleh ROS. Sehubungan itu sekiranua ada usahawan yg berminat boleh berhu

Lawatan Pakar Lebah Pusat Apiari Nasional, Parit Botak

Image
Kami amat berbangga kerana kesudian pakar2 lebah dari Pusat Apiari Nasional Parit Botak Batu Pahat meluangkan masa mereka utk datang melawat dan memberikan khidmat nasihat ke ladang ternakan kelulut aku. En Zakbah, En Isnin dan En Rosli telah hadir untuk melihat ladang kelulut semalam 24/9 tepat jam 5.15pm setelah selesai mengadakan kursus lebah kepad jabatan hutan pahang. aku tidak dapat menyertai lawatan ini kerana berada di Alor Star Kedah. Hanya partner aku sahaja yang ada untuk mengiringi sesi ini. Antara komen yang diberikan adalah :- 1- Ladang aku perlu menyediakan sumber air untuk lebah minum. Air yang ada dalam kerek di bawah bukit perlu di pam dan disalurkan ke atas bukit dan ditempatkan dalam tong yg terbuka utk lebah minun. 2- terdapat koloni diletakkan ditempat yg agak panas dan perlukan tempat teduhan. 3- Saluran masuk kelulut tidak 90° degree dan arah matahari naik dan turun. 4- kena percepatkan menanam pokok2 bunga dan teduhan spt pokok bunga pengantin, pokok beli

Pemasangan Kotak Madu

Image
Kotak madu yg ditempah sudah siap. Hanya 9 kotak awal siap uyk dijadikan eksperimen bg meningkatkan pengeluaran madu kelulut. Hanya perlu membuang penutup atas kotak dan menggantikannya dengan kotak madu yg baru. Then kena pastikan semua celahan cahaya kotak ditutup dengan propolis dan kotak diskrew dgn kotak lama..

Kursus Penternakan Lebah Kelulut

Image

Serangan Black Soilder Fly

Image
Salah satu punca kegagalan koloni kelulut adalah disebabkan serangan bsf ini. Bsf akan menyerang koloni yg lemah dengan bertelur dalam ruangan telur koloni. Anak2 bsf yang Menetas dalam betul larve akan memakan telur koloni kelulut sehingga habis dan akhirnya bertukar kepada bsf dewasa. Boleh disimpulkan bsf suka bertelur di kawasan yg lembap dan mempunyai sumber makanan larve yg cukup. So far tiada cara untuk menhilangkan serangan ini. Apa yg saya perhatikan serangan akan berlaku selepas proses penuaian dijalankan. Mungkin bsf masuk dalam hive melalui pintu masuk setelah tertarik dengan bau madu yang manis. Bau madu jni dikesan disebabkan proses penuaian madu yang kurang cermat. Banyak madu tumpah dalam kotak hive. BSF Dewasa Larva BSF Nanti saya share camne keadaan hive yg diserang oleh bsf ini.

Harga Pasaran Madu Kelulut Asli

Image
Berikut adalah rencana mengenai harga pasaran madu kelulut asli.  En Fahmiee MARDI : RM500/kg 

Madu Plus

Image
Inilah stok kami yg baru siap dibotolkan dan dilabel. Sedia untuk dijual.  Madu Plus : 100g & 250g botol  Madu Plus : 100g & 250g botol

Teknik Ntoh Ler!!!

Image
Kepada para penternak kelulut, pernahlah anda berasa putus asa bilamana kotak topping madu yg anda buat masih belum dipenuhi kantung2 madu dan lubang kotak masih berterusan ditutup oleh lebah kelulut walaupun sudah berkali2 anda membukanya tetapi kelulut tetap berkeras menutupnya. Berdasarkannya pemerhatian saya, punca perkara ini berlaku adalah disebabkan beberapa faktor iaitu:- 1) koloni kelulut masih lemah semasa proses topping dibuat. 2) kotak topping yang dibuat kurang kemas dan terdapat celahan kayu yang membenarkan cahaya masuk. 3) terdapat gangguan serangga seperti semut dan lain2 lg yang berjaya memasuki kotak topping melalui celahan kotak dan batang kayu yang tidak di 'seal' dengan baik. 4) kotak topping tidak ditutup dengan plastik utk prevent serangan semuat atau anai2. Untuk memastikan kelulut membuat kantung madu dalam kotak dengan cepat, saya memperkenalkan Teknik Ntoh Ler yang paling simple. 1) Pastikan kotak topping dan batang kayu tidak mempunyai cela

Madu Plus

Image
Syukur Alhamdullilah akhirnya produk madu kami telah berjaya dihasilkan secara rasminya apabila dibotolkan dan dilabelkan menggunakan nama Madu Plus. Botol yg kami gunakan ialah 100ml dan 250ml tetapi bila disukat menggunakan penimbang rupanya ianya memberikan bacaan 150g utk botol 100ml dan 300gram utk botol 250ml. Ternyata madu yang mempunyai kelikatan yg tinggi berbanding air menghasilkan berat yg tidak sama. Untuk makluman semua, madu 100ml kami dijual pada harga rm35.00 dan 300ml dijual pada harga rm90.00. Kpd yg berminat bolehlah berhubung dengan saya di talian 013-9213433 atau hj izaharuddin 0139273579 atau email di honeyplus75@gmail.com. postal charge ikut lokasi masing2.

Kursus Penternakan Kelulut Advance

Image
Pada 24hb august yg lepas, aku dan partner telah mengikuti kursus advance penternakan kelulut yang dijalankan oleh seorang sahabat di hulu langat... My Iqra Solution yang diketuai oleh en sazali.. beliau mempelopori teknik pemecahan koloni tanpa perlu membelah batang kayu. Teknik yang agak mudah utk digunapakai tanpa perlu merisikokan koloni kelulut yg sudah stabil dalam batang kayu.. Aku dan partner bertolak ke kl pada sebelah malam dan bermalam di taman datuk keramat. Tepat selepas subuh kami bertolak ke kampung manggis hulu langat. Kursus yang juga disertai seramai 11 org telah dilaksanakan dalam kumpulan kecil bagi membolehkan penyampaian yang berkesan diberikan kepada semua peserta. Pada sebelah pg kami diberikan teori mengenai semua isu yg dihadapi para penternak dan cadangan cara mengatasinya.. Kursus yg hebat..xrugi untuk para penternak menyertainya. Kos yg murah tp oulangan yg tidak bernilai.. Teknologi Mencegah Serangan BSF Teknik Anaku yg Berjaya : Sel telur

Lawatan ke Ladang Seri Bayu Farm, Changloon Kedah

Image

Kursus Pengenalan Penternakan Lebah Kelulut

Image
Kami akan mengadakan series of kursus penternakan lebah kelulut yang akan diadakan fi lokasi Changloon, KEDAH pada 1-3/10 ini. Kepada sesiapa yg berminat sila hubungi urusetia.