Posts

Mardi Cherating - Agro Tourism

Image
Hari ini aku berpeluang untuk melawat Mardi Cherating untuk membuat penilaian awal bagi kesesuaian Honey Plus Resources melebarkan sayap di kawasan ini. Aku dan rakan kongsi telah bertolak ke Cherating pada jam 9.45am. Kami singgah di Balok untuk mengambil En Samsudin pegawai TP Mardi yang merupakan pegawai penyelia projek. Kami sampai dilokasi tepat jam 11am dan telah dibawa melawat ke kawasan lokasi projek tanaman belimbing. Menurut En Samsudin, tapak ini telah menjadi lokasi menempatkan 5 orang peserta UAM dalam menjalankan projek penternakan lebah kelulut yang pada permulaannya menempatkan sekitar 130 koloni kelulut. Tetapi lawatan aku kali ini mendapati hanya 1 koloni kelulut yang masih bertahan. ermm nampaknya sudah berkubur projek ini. Aku telah dimaklumkan disebabkan penyeliaan yang kurang oleh peserta telah menyebabkab bilangan koloni semakin berkurangan. Ia  juga memaklumkan bahawa serangan semut, babi dan kera menjadi penyumbang utama ditambahkan pula keadaan pokok belim

Pokok Akasia Mangium & Lebah

Image
Aku berkesempatan untuk melawat lokasi tapak projek lebah kelulut di Pusat Latihan Pertanian Inderapura bagi melihat progres pembinaan infrastruktur. Ternyata tidak banyak perubahan seperti lawatan aku bulan lepas. Pembinaan Culvert ke tapak projek masih belum disiapkan. Aku menuju ke Pejabat Kejuruteraan Jentera PLPI untuk berjumpa Pegawai Bertugas dan berbincang mengenai status projek tersebut. Beliau ada di Pejabatnya dan perbincangan mesra telah berlangsung. Kami mendapat maklumat yang diperlukan dan juga perancangan yang akan dilaksanakan pada tahun ini oleh ketua jabatan. Alhamdullilah, kami perlu bersabar sedikit masa lagi untuk dibenarkan beroperasi secara rasmi. Lawatan di tapak juga membolehkan aku captured berapa pic lebah tualang yang sedang mencari nektar di celahan daun Pokok Akasia Mangium. So berbesar hati untuk berkongsi dengan semua pembaca. Pokok Akasia menghasilkan nektar daripada celahan daunnya yang mula menitis pada sebelah pagi dengan cuaca yang panas terik.

MAHA 2014

Image
MAHA 2014 sudah masuk hari kedua terakhir baru aku berpeluang untuk melawatnya. Tujuan utama adalah untuk melihat perkembangan penjualan madu kelulut yg kami letakkan di booth jualan rakan dan juga melihat sekitar pavalion state Pahang utk melihat barang yang kami letakkan sebagai pameran.  Aku juga berpeluang berjumpa dengan rakanku Sazali untuk berbincang perkembangan perniagaan masing2.

Koloni G. thoracica

Image
Pic yg aku sertakan dalam posting kali ini adalah pic daripada seorang teman penternak yg telah membuka kotak koloni thorasica.. aku amat berbesar hati untuk berkongsinya dengan para pelayar blog ini. Semoga beroleh manfaat atas perkongsian ini. kepada sahabatku, aku mohon perkenan untuk kongsikan gambar koloni tuan di blog ini. Jangan marah ya.. Dalam pic ne jelas menunjukkan broodcell yg berwarna cokelat dan berlapis2. Disinilah terletaknya sell telur jantan, betina dan sel ratu. Ratu menghabiskan sepanjang masa disini. Terdapat juga kantung madu dan kantung roti lebah @ bee bread yang bèrwarna kuning. warna madu agak gelap menunjukkan madu sudah matang. pada waktu ini rasa madu masam2 kemanisan.

Pokok Bunga AMP @ Ulam Raja

Image
ari ne 8 Nov 2014, aktiviti di ladang amatlah ringan. Partner ada urusan di Kuala Terengganu meninggalkan aku kesorangan di ladang. Ditambah pula dengan kerosakan pajero yg masih belum dibaikpulih menyebabkan aku berlenggang je ke ladang. semua tool ditinggalkan di rumah. Perkara yg pertama dilaksanakan di ladang ialah menyiram anak pokok bunga AMP @ Honolulu Creeper dan Pokok Ulam Raja. Mujurlah pagar sempadan sudah dibaiki, maka sang lembu sudah tak boleh nak merayau2 dalam kebun. Ulam Raja & AMP Anak Pokok Bunga Air Mata Pengantin @ Honolulu Creeper

Lawatan ke Ladang Kelulut Honey Plus Resources

Image
Terima kasih atas kesudian para pelawat yg berkunjung ke Ladang Kelulut Madu Plus yang xseberapa ini. semoga tuan/puan memperolehi ilmu yang boleh digunapakai di hari muka. Kami tiada apa yg dapat ditawarkan kecuali sedikit ilmu dan perkongsian pengalaman menternak kelulut yang baru menjangkau setahun jagung ini.

Mini MAHA @ UTC KUANTAN 2014

Image
Road to MAHA Pahang 2014 telah menutup tirainya pad 2 Nov sebentar tadi. ianya merupakan pengalaman yang amat menarik syarikat kami pelajari utk julung2 kalinya penyertaan. walaupun hadir dengan persiapan yang ala kadar disebabkan notis singkat, kami berjaya menjayakannya dengan menghasilkan jualan yang memberangsangkan. Kami pelajari teknik marketing yg paling sempoi. berjaya meningkatkan bilangan jualan yg mendung pada hari pertama dengan berlipat kali ganda pada hari kedua dan ketiga dengan memilih prospect pelanggan dan membuat pujukan supaya singgah ke kaunter jualan. pada tahun hadapan kami akan membuat perubahan yg drastik terutama display yang lebih menonjol dan menambahkan beberapa eleman info untuk memastikan lebih ramai pelanggan singgah ke booth. Lebih ramai pelanggan yg singgan lebih banyak peluang untuk kami convert ke jualan. Kami juga berpeluang untuk berkenalan dengab otai lebah tualang pahang iaitu en napi yg telah dianugerahkan dengan peladang jaya pada t

Road to MAHA @ UTC Kuantan 31-2 Nov

Image
Pada tahun ini, kami telah berpeluang utk mengikuti program Road To MAHA @ UTC KUANTAN pd 31 oct - 2 Nov 2014 selama 3 hari.  Hari ini hari pertama dan jualannya amat lembap sekali kerana mungkin kerana hari kerja bagi org2 Kuantan. Hopefully esok di mana upacara perasmian dibuat oleh MB Pahang akan membawa pengunjung yg bertambah.

Sumber Nektar : Pokok Air Mata Pengantin

Image
Pokok Bunga Air Mata Pengantin Kepelbagaian jenis pokok yg perlu ditanam atau ada berdekatan dengan koloni kelulut adalah amat penting untuk kesejahteraan koloni. Pengetahuan jenis pokok yg perlu ditanam juga penting bagi memastikan sumber makanan kelulut sentiasa ada sepanjang tahun dan berdekatan. Sumber makanan yg hampir dengan koloni juga penting supaya kelulut tidak perlu terbang terlalu jauh dari sarang dan hanya membawa pulang sedikit nektar ke koloni untuk diproses menjadi madu. jarak yang terlalu jauh sumber makanan akan menyebabkan kelulut memakan sebahagian besar nektar yang dipungut semasa perjalanan pulang untuk sumber tenaga. kat sini saya perkenalkan sejenis pokok yg boleh membantu para penternak memastikan sumber nektar dan pollen sentiasa ada iaitu Pokok Air Mata Pengantin, AMP. Pokok ini sejenis pokok menjalar yang memerlukan sokongan kayu/para. ia juga memerlukan sumber cahaya yang terus kepadanya untuknya berbunga. so pokok AMP xboleh ditanam di bawah pokok.

Penubuhan Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Malaysia

Image
Bertempat di Dewan MTBIC Mardi Serdang pada 16 Okt 2104 jam 2.30pm mesyuarat penubuhan Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Malaysia atau dengan nama singkatannya PUKM telah selamat dilaksanakan dengan jayanya. Mesyuarat yang dihadiri oleh min 7 wakil negeri trlah dijalankan dengan sempurna. Mesyuarat juga telah menetapkan perkara2 berikut:- 1- Nama dan alamat persatuan. 2- Maksud dan tujuan persatuan. 3- Keahlian 4- Bayaran, yuran dan lain2 bayaran. 5- Jawatankuasa 6- Logo Lain2 perlembagaan mengikut standard perlembagaan yang ditetapkan oleh ROS. Jawatankuasa PUKM telah dipersetujui seperti berikut:- 1× presiden 1x timbalan presiden 2x naib presiden 1x setiausaha kehormat 1x bendahari agung 5x ahli jawatankuasa 2x pemeriksa kira2 1x pemegang amanah presiden boleh melantik setiausaha dan 2 orang ajk biasa tambahan sekiranya perlu. borang keahlian pukm akan diedarkan setelah penubuhan pukm diluluskan oleh ROS. Sehubungan itu sekiranua ada usahawan yg berminat boleh berhu