Posts

Pemisahan Koloni

Image
Pertama kami melakukan proses pemisanhan yang dipelajari daripada YouTube. Saya tak pasti sama ada ianya akan berjaya atau tidak kerana koloni yang ketiadaan ratu akan mengambil masa sedikit untuk menghasilkan sel ratunya sendiri apabila telah menyedari ketiadaan ratu dan seterusnya ratu menetas dan mengawan sendiri. Ianya lebih kepada try n error. Semoga dipermudahkanNYA.  Koloni Asal  Koloni yang baru   Lokasi Koloni lama dan baru

Kotak Kelulut

Image
Kotak Kelulut untuk dijual Kotak Kelulut untuk dijual. RM75.00 per kotak dan min order adalah 10 Set. Kos penghantaran mengikut lokasi. Sekiranya berminat sila call saya di talian 013-9213433. Required min 1 minggu untuk proses pembuatan. Tengah pening camne nak tegak pic ne.... any idea?

Overdrive Phase

Image
Projek aku mengalami fasa overdrive disebabkan keadaan persekitaran yang amat berisiko. Ianya perlu dilaksanakan bagi menyelamakan koloni yang masih ada. Sejak diserang oleh monyet/kera beberapa kali yang telah memusnahkan beberapa koloni maka kami memutuskan untuk mengambil langkah drastik dengan memindahkan koloni kelulut ke dalam kotak kelulut yang diperbuat daripada kayu dan diletakkan di atas platform yang dibina khas. ini akan menyebabkan sarang berada dalam keadaan kukuh dan tidak mudah jatuh atau tumbang apabila ditolak oleh monyet/kera. Tiang2 kotak kelulut Platform Kelulut last sekali adalah memindahkan koloni kelulut daripada batang balak/kayu kepada kotak kelulut yang dibuat khas. Proses pemindahakan ini hendaklah dibuat dengan berhati-hati bagi mengelakkan ratu kelulut mati/lari dan sarang terjejas dengan teruk. Lupe doh camne nok tegakkan pic ne.. dalam folder molek je.

Selamat Tahun Baru 2014

Image
Projek Kelulut Terbaru : Pemasangan Tiang Projek Kelulut Terbaru : Pemasangan Tiang Projek Ternakan Kelulut terpaksa mengambil langkah kritikal dengan mengubah modus operandi setelah kotak2 madu yang telah sedia untuk dituai, rosak ke semuanya apabila diserang dengan kera/monyet liar yang kelaparan disebabkan musim tengkujuh. Langkah pertama adalah menyediakan tiang untuk meletakkan kotak2 kelulut nanti. Kotak2 kelulut sekarang ini sedang dalam proses pembinaan oleh tukang kayu yang baru dilantik setelah lama pending. Once ready koloni kelulut sedia ada akan dipindahkan ke dalam kotak kelulut dan kemudiannya diletakkan atas platform yang disediakan. Projek Lebah : Pembinaan Pondok Projek Lebah : Pembinaan Pondok Projek Lebah juga mengalami nasib yang sama. Daripada 5 haif pada permulaan, yang tinggal hanya 3 apabila 2 haif kosong disebabkan koloni yang lari. Mungkin disebabkan limpahan hujan yang melampau menyebabkan keadaan kotak lebah yang lembab dan mempercepatkan

Projek Kelulut : Cubaan Pemindahan Koloni Pertama

Image
Batang Kayu yang dibelah Satu Koloni yang baru aku beli dah hilang disebabkan terkena hujan yang lebat secara terus. Kami agak tidak bersedia sedikit dengan batch yang baru ini disebabkan musim hujan yang berpanjangan. koloni diletakkan secara rambang dan tanpa proper protection. Lawatan pagi mendapati satu koloni telah hilang. So langkah penyelamat terpaksa dibuat dengan membelah kayu untuk mendapatkan sarang telur. Telur Kelulut yang diperolehi.  Bekas telur kelulut dari koloni ini diperolehi dengan membelah kayu secara berhati-hati. Kemudian ianya diletakan dalam kotak kelulut yang baru spt dalam gambar di atas. kemudian ianya ditutup kemas dengan menggunakan salotape bagi mengelakan cahaya masuk. Kemudian aku membuka kotak madu koloni sedia ada dan mengambil sedikit lilin, polen dan kantung madu untuk dimasukan dalam kotak madu baru. Kemudian koloni sedia ada dipindahkan ke lokasi lain dan kotak madu baru diletakkan dilokasi asal.  Kelulut telah membuat saluran mas

Karnival Peladang & Penternak @ Kuantan

Pada 14hb, aku sempat meluangkan masa melawat tapak karnival dengan tujuan utama untuk mendapatakn sebanyak mana maklumat mengenai penternakan kelulut di Malaysia dan Pahang khasnya. Sampai di sana aku melawat khemah utama yang menempatkan pemamer utama daripada setiap negeri. Perjalanan aku membawa ke Pavilion Negeri Perlis. Seperti biasa Ita & Azlan ada di sana. Kami berjumpa semula selepas mereka membekalkan 5 haif lebah di kebun aku dulu. Banyak yang kami sembangkan terutamanya mengenai perkembangan koloni lebah aku tu. Alhamdullilah Koloni lebah sedang berkembang. Frame ke-6 yang dimasukan telah mula terbina kom madu yang banyak. Kalau tidak disebabkan sekarang sudah masuk musim tengkujuh, sudah pasti aku mula memasukan frame yang ke-7. Selepas melawat Pavilion Perlis aku ke Pavilion Pahang pula. di sini aku berkenalan dengan En Saidi seorang pengusaha baru lebah madu di Nenasi Pekan. Beliau berkongsi dengan Keluarganya dalam mengusahakan 100 koloni lebah melfera di nenasi.

Update Kelulut @ 2 Nov

Image
Kotak Madu : Lubang ditutup Pemeriksaan berkala di semua kotak madu yang dipasang mendapati terdapat lubang2 kotak madu yang tertutup atau ditutup oleh kelulut. ianya tidak boleh dibiarkan kerana kelulut tidak akan membuat sarang2 madu dan pollen dalam kotak madu ini. Kotak Madu : Up close & Personnal  Kotak madu : proses membuang lilin yang menutupi lubang madu  Lilin yang menutupi lubang madu hendaklah dibuang dan kena pastikan kotak madu bersih daripada sebarang kotoran dan seranggan. Antara punca utama kenapa kelulut menutup lubang madu adalah kerana serangan semut atau serangga lain dalam kotak madu. Kehadiran cahaya yang terang daripada celahan penutup kotak madu yang tidak ditutup kemas juga menjadi punca kenapa kelulut menutup lubang madu. Inilah yang kami belajar dalam pengurusan kelulut ini. Ilmu yang sangat mahal kerana melibatkan koloni yang banyak. Bagi mengatasi masalah ini, penggunaan salotape amat membantu. Penutup kotak akan ditampal dengan s

Update @ 15 October : Projek Lebah Kelulut

Image
Ini gambar terkini perkembangan Lebah Kelulut saya setelah 2-3 hari diletakkan Kotak Madu. Pada keadaan sekarang kotak madu hendaklah diperiksa selalu bagi melihat perkembangan pembinaan sarung2 madu dan pollen yang baru dalam Kotak Madu. ianya hendaklah dipantau dengan rapi kerana terdapat kemungkinan Lebah Kelulut menutup lubang yang dibuat sekiranya kotak madu tidak ditutup dengan baik kerana terdapat banyak cahaya yang masuk daripada celahan penutup kotak. Pada peringkat ini, Lebah Kelulut tidak suka kepada pendedahan cahaya yang banyak. So kena pastikan penutup kotak madu ditutup kemas dengan salotape. Sarang Lebah Kelulut dalam Kotak Madu

Perangkap Kelulut Liar

Image
Perangkap Kelulut Liar yg Mudah dan Murah Cuti hujung minggu aku habiskan di tapak projek dengan membina perangkap lebah kelulut menggunakan batang buluh yang banyak di kebun. Ilmu ini aku dapati daripada pemerhatian dibuat menerusi Youtube mengenai teknologi lebah kelulut yang dijalankan oleh perserta di luar negeri terutamanya di Amerika Selatan. Kat sana mereka menggunakan botol2 air minuman 1.5l yang dibalut dengan kertas suratkabar dan plastik berwarna hitam kerana lumrah lebah kelulut mereka tak suka kepada cahaya dalam pemiliha sarang. So kalau tuan2 mahu pelajari teknologi mereka bolehlah gunakan Tag "Native Bees" or "Jatai". taip these tow words kat youtube and klick serach. Perangkap Lebah Kelulut dan Lebah Madu : Yang mana akan mengena dahulu? Perangkap Lebah Kelulut yang siap terpasang Walaupun mudah dan murah menggunakan buluh tetapi ianya masih memerlukan nasib yang baik dan limpahan rezekiNYA untuk mengena. Bilakah jangkaan Lebah Kelulu

Expansion project II : Tambahan 10 Koloni Kelulut & 5 Haif Lebah Madu Melliferra

Image
Projek Lebah Kelulut kami telah maju dua tapak ke hadapan. Tapak pertama ialah dengan penambahan 10 koloni kelulut baru yang ditempah daripada Kelantan. manakala tapak yang kedua ialah dengan penerimaan 5 haif lebah madu melliferra yang ditempah khas daripada Perlis. Haif Lebah Madu dan Kelulut Buat sementara ini untuk projek lebah madu kami bermula dengan 5 haif sahaja untuk ujian. Masalah pertama yang timbul adalah tabuan yang sering kali menyerang lebah untuk dimakan. Terpaksa la kami bermain badminton pada setiap hari dengan tabuan ini dan secara purata antara 2o ekor tabuan dibunuh. Kami dalam proses mengesan sarang tabuan ini untuk dimusnahkan.  Platform sementara + penambahan air gula utk meningkatkan koloni Koloni lebah madu masih dalam proses meningkatkan kekuatan koloni dengan diberikan makanan tambahan berupa air gula dan pollen yang diberikan mengikut sukatan yang disyorkan oleh tenaga pengajar kami di Pusat Apiari Nasional Parit Botak. Setiap Haif yang dibeli