Posts

Showing posts from 2013

Projek Kelulut : Cubaan Pemindahan Koloni Pertama

Image
Batang Kayu yang dibelah Satu Koloni yang baru aku beli dah hilang disebabkan terkena hujan yang lebat secara terus. Kami agak tidak bersedia sedikit dengan batch yang baru ini disebabkan musim hujan yang berpanjangan. koloni diletakkan secara rambang dan tanpa proper protection. Lawatan pagi mendapati satu koloni telah hilang. So langkah penyelamat terpaksa dibuat dengan membelah kayu untuk mendapatkan sarang telur. Telur Kelulut yang diperolehi.  Bekas telur kelulut dari koloni ini diperolehi dengan membelah kayu secara berhati-hati. Kemudian ianya diletakan dalam kotak kelulut yang baru spt dalam gambar di atas. kemudian ianya ditutup kemas dengan menggunakan salotape bagi mengelakan cahaya masuk. Kemudian aku membuka kotak madu koloni sedia ada dan mengambil sedikit lilin, polen dan kantung madu untuk dimasukan dalam kotak madu baru. Kemudian koloni sedia ada dipindahkan ke lokasi lain dan kotak madu baru diletakkan dilokasi asal.  Kelulut telah membuat saluran...

Karnival Peladang & Penternak @ Kuantan

Pada 14hb, aku sempat meluangkan masa melawat tapak karnival dengan tujuan utama untuk mendapatakn sebanyak mana maklumat mengenai penternakan kelulut di Malaysia dan Pahang khasnya. Sampai di sana aku melawat khemah utama yang menempatkan pemamer utama daripada setiap negeri. Perjalanan aku membawa ke Pavilion Negeri Perlis. Seperti biasa Ita & Azlan ada di sana. Kami berjumpa semula selepas mereka membekalkan 5 haif lebah di kebun aku dulu. Banyak yang kami sembangkan terutamanya mengenai perkembangan koloni lebah aku tu. Alhamdullilah Koloni lebah sedang berkembang. Frame ke-6 yang dimasukan telah mula terbina kom madu yang banyak. Kalau tidak disebabkan sekarang sudah masuk musim tengkujuh, sudah pasti aku mula memasukan frame yang ke-7. Selepas melawat Pavilion Perlis aku ke Pavilion Pahang pula. di sini aku berkenalan dengan En Saidi seorang pengusaha baru lebah madu di Nenasi Pekan. Beliau berkongsi dengan Keluarganya dalam mengusahakan 100 koloni lebah melfera di nenasi. ...

Update Kelulut @ 2 Nov

Image
Kotak Madu : Lubang ditutup Pemeriksaan berkala di semua kotak madu yang dipasang mendapati terdapat lubang2 kotak madu yang tertutup atau ditutup oleh kelulut. ianya tidak boleh dibiarkan kerana kelulut tidak akan membuat sarang2 madu dan pollen dalam kotak madu ini. Kotak Madu : Up close & Personnal  Kotak madu : proses membuang lilin yang menutupi lubang madu  Lilin yang menutupi lubang madu hendaklah dibuang dan kena pastikan kotak madu bersih daripada sebarang kotoran dan seranggan. Antara punca utama kenapa kelulut menutup lubang madu adalah kerana serangan semut atau serangga lain dalam kotak madu. Kehadiran cahaya yang terang daripada celahan penutup kotak madu yang tidak ditutup kemas juga menjadi punca kenapa kelulut menutup lubang madu. Inilah yang kami belajar dalam pengurusan kelulut ini. Ilmu yang sangat mahal kerana melibatkan koloni yang banyak. Bagi mengatasi masalah ini, penggunaan salotape amat membantu. Penutup kotak akan ditampal dengan s...