Posts

Showing posts with the label kastor

Kastor peluang baru pertanian

Sumber : Utusan 21/07/10. DIKENALI sebagai pokok jarak di negara ini, kastor merupakan salah satu tanaman yang bakal mencetuskan fenomena pertanian baru kepada petani. Jika harga pasaran dunia bagi minyak kelapa sawit berada di bawah nilai satu dolar Amerika Syarikat, minyak kastor pula berharga dua hingga tiga kali ganda berikutan permintaan terhadapnya semakin meningkat ketika kini. Hal demikian kerana produk yang dapat dihasilkan daripada tanaman ini adalah pelbagai dan tidak dapat menampung permintaan yang sedang melonjak tinggi. Pokok kastor atau nama saintifiknya Ricinus communis adalah spesies pokok berbunga dari keluarga Euphorbiaceae. Benih pokok ini dikenali sebagai biji kastor dan sebenarnya berasal daripada Mesir , India dan ia juga boleh ditemui di sekitar kawasan tropika seperti China, Brazil, serta Thailand. Biji kastor pada dasarnya amat beracun namun minyak dihasilkan kini merupakan sumber penting kepada produk seperti minyak pelincir kapal terbang. Ia