Posts

Showing posts with the label Yayasan Tekun Nasional

Pinjaman Tekun Nasional & Rakan Kongsi Dicari

TEKUN Nasional yang dahulunya di kenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional adalah merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diwujudkan pada 9 November 1998. Matlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka. Mulai tahun 2008, TEKUN Nasional telah membuat perubahan dan pembaharuan selaras dengan keperluan semasa dengan menjadikan institusi ini sebagai sebuah institusi pembangunan usahawan yang strategik dan tidak hanya menyediakan kemudahan modal perniagaan semata-mata. Kini TEKUN Nasional menjadi sebuah institusi yang menyediakan peluang-peluang perniagaan serta peluang-peluang menjana pendapatan, pembiayaan modal perniagaan, khidmat bimbingan dan sokongan serta Jaringan Usahawa Yayasan Tekun Nasional menyediakan pinjaman serendah RM500.00 sehingga maksimum RM50,000.00 dengan caj pembayaran balik serendah 4% setahun. Proses pinjam