Posts

Showing posts with the label Syarikat Kontrak

Bio Daun lancar francais tarik penanam serai

sumber : Utusan Online @ 9/10/8 KOTA BHARU 8 Okt. - Bio Daun Plantation Sdn. Bhd., salah satu pengeluar serai terbesar di Pantai Timur, melancarkan satu sistem francais bagi melahirkan lebih ramai usahawan dan mempercepatkan pengembangan industri berasaskan pertanian. Syarikat yang ditubuhkan pada Ogos tahun lepas kini menawarkan sistem francais kepada orang ramai melalui dua pendekatan termasuk penanaman secara ladang kontrak. Pengarahnya, Mohd. Nizam Mohamed berkata, mereka boleh mengusahakan sendiri tanaman itu dan melalui perjanjian yang akan dimeterai, kesemua hasil tuaian dijual kepada syarikat. ''Satu lagi cara ialah melalui perkongsian di mana syarikat menyuntik modal termasuk kos benih, baja, racun, tenaga pekerja di mana hasilnya dibahagi dua," ujarnya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Setakat ini katanya sambutan golongan petani agak menggalakkan dan kini terdapat 24 hektar di Segamat, juga di Johor dan Pahang manakala 20 hektar lagi di Kelantan telah diu

KOPEDIK - Tanaman Serai

extracted form www.kopedik.com.my Kopedik merupakan sebuah koperasi yang berpusat di Kelantan aktif mempelbagaikan cabang perniagaan dengan menceburi bidang pertaniaan terutama tanaman serai secara kontrak. KOPEDIK kini membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk mengusahakan tanaman serai secara ’contract farming’. ’Contract Farming’ di sini bermaksud pengusaha tidak perlu menjual serai yang dihasilkan sebaliknya ia akan dibeli oleh KOPEDIK sepenuhnya. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1- Berdaftar sebagai ahli KOPEDIK dengan bayaran sebanyak RM99.00 (banyak kelebihan) 2- Menyediakan tanah tidak kurang dari 5 ekar 3- Menyediakan modal RM3,000 bagi setiap ekar untuk anak benih dan baja 4- Bersetuju menjual kepada KOPEDIK dengan harga RM0.70 sekilo 5- Bersetuju memeterai perjanjian kontrak belian balik 6- Bersetuju menerima lawatan dan pemantauan dari wakil KOPEDIK ke ladang yang diusahakan KAEDAH PENANAMAN 1 ekar tanah bersamaan dengan 43,560 kaki persegi Sistem penanaman seperti berikut