Posts

Showing posts with the label Stevico

Bulan Syawal Menjelma

Bulan Syawal menjelma lagi. Hari sudah masuk hari yang ke-15 Syawal. Kepada para pembaca yang sudah melunaskan Puasa Enam, tahniah diucapkan. Kepada yang belum mula, haruslah segera memulakannya. Kepada yang sudah mula tetapi masih tercari-cari hari yang lapang/free dengan jamuan hari keluarga, happy searching. Jangan sampai tercari-cari walaupun syawal sudah sampai ke penghujungnya. Azam saya untuk melaksanakan 2 hari puasa dalam minggu ini. rasanya esok kena mula puasa untuk hari yang ke-3. Manakala dalam minggu depan untuk cuba selesaikan baki 2 hari lagi. Inilah cabaran yang dihadapi oleh kita selepas bulan ramadhan. Cabaran untuk melaksanakan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal. Cabarannya amat berat kerana orang yang macam saya, terasa sibuk menghadiri undangan open house kengkawan, jiran dan para pelanggan saya. Sepanjang bulan puasa dan bulan syawal ini jugalah saya sudah lama tidak menjenguk kebun serai saya. Entah apa yang sudah jadi gamaknya. Kira mujurlah pokok2 serai