Posts

Showing posts with the label Review Buku

Buku : Kolonel Jihad - Antara Mitos dan realiti

Sudah lama nak mencoretkan mengenai buku ini tetapi tidak mempunyai kesempatan. Sepanjang bulan Ramadhan ini terlalu banyak kerja2 pejabat yang perlu diberikan perhatian. Hari ini merupakan hari ketiga akhir di bulan Ramadhan. Ini bermakna tinggal esok sahaja aku berkerja kerana pada hari Khamis akan bercuti sehingga 20hb Sept. bercuti panjang gamaknya. So, selamat menyambut hari lebaran yang bakal menjelma. Mohon ampun dan maaf sekiranya coretan di blog ini bisa melukakan sesiapa sahaja. Kolonel Jihad tulisan Abdul Manaf Bin Kasmuri dan diterbitkan oleh Nur Ilham Publication. Beliau merupakan seorang Pegawai Atasan ATM berpangkat Leftenen Kolonel yang telah bertugas sebagai anggota pengaman PBB di Bosnia. Pengalaman beberapa tahun di Bosnia menyebabkan beliau bersara awal dan terlibat dengan kerja-kerja sukarela di kawasan konfik. Keseriusan beliau dengan kerja-kerja sukarela telah membawa beliau sekali lagi ke negara ISLAM bergolak Bosnia sekali lagi. Kehadiran kali kedua beliau