Posts

Showing posts with the label Penternakan Lebah Kelulut

Cabaran Penternakan Kelulut : Serangan Beruang Siri 2

Image
Perhilitan Pahang : Ops Beruang Berdasarkan lawatan tapak 2 minggu yang lalu, pihak perhilitan ada mencadangkan beberapa perkara yang perlu dilaksanakan secara sementara bagi menghindarkan kehadiran si beruang matahari ini. Antara saranan Perhilitan adalah penggunaan spotlight, pembakaran ubat nyamuk dan pemasangan lampu warna warni. Pemasangan ubat nyamuk hanya mampu bertahan selama 2 hari sahaja. Ini kerana faktor cuaca dan ubat nyamuk yang dipasang. Hujan akan memadamkan ubat nyamuk tersebut dan juga bau yang dihasilkan. Keadaan bukit yang kuat berangin akan mempercepatkan pembakaran ubat nyamuk. jadi x sempat hari nak cerah, ubat nyamuk dah abis terbakar. kesan bau ubat nyamuk akan hilang dengan cepat. Maka cik beruang masih juga datang bertandang. Akhirnya laporan dibuat kepada Perhilitan Pahang dan hari ini mereka datang membawa perangkap untuk memerangkap beruang tersebut. Si Beruang sekiranya tertangkap akan dipindahkan ke hutan yang lain. Kami share kerja-kerja pemasangan

Pum sedut madu, baju lebah dan topi Lebah

Image
MaduPlus Mart menawarkan penjualan Topi Lebah dan Baju Lebah yang boleh digunapakai semasa proses pemasangan kotak topping dan penuaian madu. Baju Lebah : RM49/pcs Topi Lebah : RM19/pcs Pihak kami juga ade menjual PUM MADU set Lengkap yang sedia digunapakai terus diladang. Ini kerana set lengkap kami termasuklah bateri 12V dan charger bateri. Limited warranty ditawarkan. Set Lengkap : RM300.00 Untuk tempahan sila hubungi Hj Izharuddin : 013-9205789 , Ahmad Tarmizi : 011-10048020 , Abdullah : 013-9213433, Azizah : 019-6322261 atau beli di atas talian di portal kami  di maduplus.com atau boleh membeli di agrobazaar online. Mudah sahaja, anda buat pesanan secara dalam talian di laman web kami atau secara terus dengan kami, anda buat bayaran melalui kad kredit/debit hanya di www.maduplus.com atau secara bank transfer ke akaun Bank Islam Berhad no akaun 06019010099401 dan kami akan poskan kepada anda menerusi POSLAJU .

Cabaran Penternakan Kelulut : Serangan Beruang

Image
Pada 3 Julai 2017, mencatatkan sejarah dalam pengalaman kami menternak lebah kelulut. Ladang kami di Sungai Lembing yang bersebelahan dengan hutan telah diserang dengan beruang. Pada awal pagi isnin, kami mendapat perkabaran yang mendukacitakan daripada sahabat di sana bahawa beruang telah datang bertandang ke ladang kami pada malam harinya. Menurut beliau antara 8-9 log yang telah diganggu dan ada antaranya yang sudah musnah kesemuanya. Disebabkan kekangan kerja, pada hari selasa kami baru dapat turun ke ladang sg lembing bagi meneliti kemusnahan yang dilakukan. Hasil yang kami dapati adalah seperti berikut:- 2 Log H.itama telah musnah sepenuhnya 1 Log Canifron telah musnah sepenuhnya 3 Log T.binghami telah musnah sepenuhnya 1 Log H.itama dapat diselamatkan (log keras/pokok rambutan) L log G. thoracica dapat diselamatkan (log keras) Cik Beruang juga telah membawa lari satu log masuk ke dalam hutan. Log tersebut kami berjaya temukan 20 mete