Posts

Showing posts with the label Penter

Cabaran Penternakan : Pagar Elektrik Keselamatan

Image
Pagar Elektrik Keselamatan Setelah mencuba pelbagai petua yang telah dikongsikan kepada kami seperti pemasangan spotlight, pasang unggun api, pasang ubat nyamuk dan pasang perangkap yang diuruskan oleh PERHILITAN Pahang, akhirkan pihak kami terpaksa akur dengan keperluan memasang pagar elektrik keselamatan. Setelah berhabisan duit dan tenaga, maka pagar elektrik kami telah siap dipasang dan diuji tahap pengoperasiannya. Walaupun pengetahuan mengenai pemasangan dan pengoperasian pagar elektrik kosong pada mulanya. Berkat kesabaran bertanya kepada ramai orang dalam Group Kelulut Pahang, maka supplier peralatan yang berpatutan telah kami jumpai dan berurusan dengan jayanya. Beliau tidak lokek memberikan khidmat nasihat secara jarak jauh menerusi aplikasi wassup.  Pihak kami menantikan masa yang sesuai untuk memindah masuk log kelulut di lokasi asal. Pada masa ini operasi pemindahan terpaksa ditunda beberapa kali disebabkan cuaca yang tidak menentu. Hujan merupakan penghal