Posts

Showing posts with the label Pembajaan Durian

Pembajaan Pokok Durian

Artikle di bawah dipetik daripada link berikut; http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_durian.htm Pokok durian yang masih muda seelok-eloknya dibaja 4-6 kali setahun dengan kuantiti baja yang sedikit pada setiap kali pembajaan dilakukan.  Bagi pokok matang pula, kadar baja ditambah dan kekerapan membaja 3-4 kali setahun.  Cara pembajaan yang paling mudah adalah dengan menabur baja di bawah kanopi pokok sehingga terkeluar sedikit dari hujung kanopi.  Teknik ini adalah sesuai untuk kawasan mendatar, di teres atau di tapak gajah.  Bagi kawasan yang curam, pembajaan secara poket adalah disyorkan dengan membubuh baja ke dalam lubang sedalam 10 cm yang digali di sekitar kawasan hujung kanopi pokok sebanyak 4 penjuru.  Lubang tersebut ditimbus kembali dengan tanah. Tempoh masa yang paling sesuai membaja pokok durian yang telah matang ialah selepas musim buah sehingga satu bulan sebelum musim bunga.  Masa yang paling sesuai ialah pada awal atau akhir musim hujan agar b