Posts

Showing posts with the label Pehilitan Pahang

Cabaran Penternakan Kelulut : Serangan Beruang Siri 2

Image
Perhilitan Pahang : Ops Beruang Berdasarkan lawatan tapak 2 minggu yang lalu, pihak perhilitan ada mencadangkan beberapa perkara yang perlu dilaksanakan secara sementara bagi menghindarkan kehadiran si beruang matahari ini. Antara saranan Perhilitan adalah penggunaan spotlight, pembakaran ubat nyamuk dan pemasangan lampu warna warni. Pemasangan ubat nyamuk hanya mampu bertahan selama 2 hari sahaja. Ini kerana faktor cuaca dan ubat nyamuk yang dipasang. Hujan akan memadamkan ubat nyamuk tersebut dan juga bau yang dihasilkan. Keadaan bukit yang kuat berangin akan mempercepatkan pembakaran ubat nyamuk. jadi x sempat hari nak cerah, ubat nyamuk dah abis terbakar. kesan bau ubat nyamuk akan hilang dengan cepat. Maka cik beruang masih juga datang bertandang. Akhirnya laporan dibuat kepada Perhilitan Pahang dan hari ini mereka datang membawa perangkap untuk memerangkap beruang tersebut. Si Beruang sekiranya tertangkap akan dipindahkan ke hutan yang lain. Kami share kerja-kerja pemasangan