Posts

Showing posts with the label Panduan Penanaman Durian

Membaja

Hari ini cuaca amat mengizinkan untuk aku menjenguk ke kebun durian orang tua. Kali ini ayah mertuaku join sekali untuk membantu proses membaja. Semalam aku pergi ke Kedai Putik Alam untuk membeli baja NPK. Harga sebeg 50Kg adalah RM95.00. Aku beli 3 beg untuk cover kira-kira 50 pokok durian dan rambutan yang terdapat di Kebun. Dengan purata 3kg untuk sepokok berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Peladang mengenai jenis baja dan cara pembajaan yang betul. Berdasarkan maklumat pertanian yang diperolehi daripada Peladang dan Jab Pertanian, Pokok Durian perlukan pembajaan 4 kali setahun dengan purata 3kg/pokok untuk setiap pusingan. Bagi pusingan pertama iaitu sebelum pokok mula berbunga, baja NPK 15:15:15 perlulah digunakan. Selepas semua buah sudah luruh, Baja NPK 12:12:17:2 perlu ditabur dengan kadar 3kg per pokok. Selepas 3 bulan baja yang sama dengan kadar yang sama perlulah ditabur untuk pusingan ke tiga dan pusingan keempat selepas tiga bulan berikutnya. Kemudian proses

Pemilihan Klon Pokok Durian

SISTEM CAMPURAN DAN KOMBINASI KLON-KLIN DURIAN Pada amnya, adalah disyorkan bahawa 3-5 klon ditanam bagi sesuatu dusun durian komersil untuk pendebungaan dan pasaran.  Bagi sesuatu kawasan klon-klon yang disyorkan adalah terdiri daripada 3 kategori seperti berikut:- Klon Utama Klon-klon Subsidiary Klon-klon Tempatan Klon Utama Bagi sesuatu dusun komersil, perlu ada klon utama yang terdiri daripada 50-70% daripada jumlah pokok yang ditanam.  Dalam keadaan tertentu dua klon utama boleh ditanam. Klon-Klon Subsidiary Selain daripada klon utama, 2-4 klon subsidiary perlu ditanam untuk tujuan pendebungaan dan juga untuk pasaran.  Klon-klon ini terdiri dari senarai klon-klon durian yang disyorkan. Klon-klon Tempatan Klon-klon tempatan merupakan klon-klon yang banyak terdapat dan terbukti berprestasi baik di sesuatu kawasan setempat.  Pemilihan klon-klon ini adalah bebas dan terpulang kepada kehendak pekebun.  Biasanya pekebun boleh me

KLON-KLON DURIAN YANG DISYORKAN

Artikle di bawah dipetik daripada   http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_durian.htm KLON-KLON POKOK DURIAN YANG DISYORKAN D 24 Klon ini berasal dari Bukit Merah, Perak dan telah didaftarkan pada 30 November 1937.  Pokok cergas membesar, rendang dan rajin berbuah.  Hasil purata pada peringkat awal (umur 6-9 tahun) ialah 10 biji sepokok setahun.  Hasil akan meningkat ke 65 biji setahun bagi pokok berumur 15 tahun dan ke atas. Bentuk buahnya bulat membujur, bersaiz sederhana besar dengan berat diantara 1.0 - 1.8 kg sebiji buah durian.  Pangsa mempunyai 1-3 ulas yang berwarna kuning pucat dan bersusun sebaris.  Isi manis, pejal, bertekstrur halus dan sedikit pahit. Peratus isi ialah 26%.  Pokok memerlukan tanah yang subur dan tidak tahan kemarau tanpa pengairan yang cukup.  Tempoh matang buah ialah 105-110 hari selepas bunga kembang.  Bijinya besar dan kebanyakannya merekah.   D 99 Durian ini dipanggil Kop Kecil, berasal dari Thailand dan didaftarkan pada 17 J

Pembajaan Pokok Durian

Artikle di bawah dipetik daripada link berikut; http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_durian.htm Pokok durian yang masih muda seelok-eloknya dibaja 4-6 kali setahun dengan kuantiti baja yang sedikit pada setiap kali pembajaan dilakukan.  Bagi pokok matang pula, kadar baja ditambah dan kekerapan membaja 3-4 kali setahun.  Cara pembajaan yang paling mudah adalah dengan menabur baja di bawah kanopi pokok sehingga terkeluar sedikit dari hujung kanopi.  Teknik ini adalah sesuai untuk kawasan mendatar, di teres atau di tapak gajah.  Bagi kawasan yang curam, pembajaan secara poket adalah disyorkan dengan membubuh baja ke dalam lubang sedalam 10 cm yang digali di sekitar kawasan hujung kanopi pokok sebanyak 4 penjuru.  Lubang tersebut ditimbus kembali dengan tanah. Tempoh masa yang paling sesuai membaja pokok durian yang telah matang ialah selepas musim buah sehingga satu bulan sebelum musim bunga.  Masa yang paling sesuai ialah pada awal atau akhir musim hujan agar b