Posts

Showing posts with the label Pagar Elektrik

Cabaran Penternakan : Pagar Elektrik Keselamatan

Image
Pagar Elektrik Keselamatan Setelah mencuba pelbagai petua yang telah dikongsikan kepada kami seperti pemasangan spotlight, pasang unggun api, pasang ubat nyamuk dan pasang perangkap yang diuruskan oleh PERHILITAN Pahang, akhirkan pihak kami terpaksa akur dengan keperluan memasang pagar elektrik keselamatan. Setelah berhabisan duit dan tenaga, maka pagar elektrik kami telah siap dipasang dan diuji tahap pengoperasiannya. Walaupun pengetahuan mengenai pemasangan dan pengoperasian pagar elektrik kosong pada mulanya. Berkat kesabaran bertanya kepada ramai orang dalam Group Kelulut Pahang, maka supplier peralatan yang berpatutan telah kami jumpai dan berurusan dengan jayanya. Beliau tidak lokek memberikan khidmat nasihat secara jarak jauh menerusi aplikasi wassup.  Pihak kami menantikan masa yang sesuai untuk memindah masuk log kelulut di lokasi asal. Pada masa ini operasi pemindahan terpaksa ditunda beberapa kali disebabkan cuaca yang tidak menentu. Hujan merupakan penghal

Cabaran Penternakan Kelulut : Serangan Beruang Siri 3

Image
Pembinaan Pagar Elektrik Setelah mendapati cadangan Pihak Perhilitan tidak berjaya menyekat "Lawatan Tapak" oleh En Beruang, maka kami telah memindahkan ke semua log ke lokasi selamat yang baru buat sementara. Pembinaan pagar elektrik telah kami mulakan dengan penanaman tiang konkrit di setiap sempadan Ternakan. Pekerja Kami yg berdedikasi Kalo tengok badan keding je, tp steady je angkat tiang 4x4 naik bukit 40 btg 40 batang tiang konkrit siap dipasang dalam masa 2 hari sahaja untuk keluasan kawasan 0.5 ekar. Next adalah pembelian Energizer, Insulator, Dawai, Earthing Rod etc. Semoga perangcangan ini berjalan dengan sempurna dan dipermudahkan oleh ALLAH SWT. Doakan kami.