Posts

Showing posts with the label Madu Kelulut

Kenalilah Madu Kelulut Asli

Image
Pengenalan madu kelulut Posting kali ini saya ingin memberikan sedikit ilmu yang boleh dikongsikan kepada para pembaca mengenai madu kelulut. Secara amnya madu boleh dikenali melalui 4 ciri-ciri penting iaitu :- Warna Madu Rasa Madu Bau Madu Kelikatan Madu Warna Madu Warna madu lebah kelulut tidak seragam. Ianya ada yang berwarna jernih dan sehingga gelap pekat. Warna-warna madu ini bergantung kepada tahap kematangan madu yang dituai. Semakin matang madu, semakin gelaplah warnanya. Ia juga bergantung kepada jenis kelulut yang diternak dan sumber makanan yang dominan di kawasan penternakan. Warna-warna Madu (Kelablebahkelulut.com) Rasa Madu Rasa madu lebah kelulut adalah manis dan masam. Adakala terasa agak pahit. Berdasarkan Sijil Kemahairan Malaysia mengenai penternakan kelulut, terdapat 4 rasa madu kelulut iaitu Manis Manis, Manis Masam, Masam Manis dan Masam Masam. Rasa manis madu adalah daripada sumber gula ringkas yang dihasilkan oleh Lebah

Lawatan Pegawai Pertanian Pahang

Image
Pada hari Isnin yang lalu, tapak projek kami telah menerima kunjungan En Zainol daripada Pejabat Pertanian Pahang untuk membuat penilaian awalan. Beliau hadir keseorangan pada jam 11.00am setelah seorang lagi pegawai pembangunan tidak dapat menghadirikan diri disebabkan kekangan masa di pejabat. Beliau merupakan seorang kenalan semasa aku menghadiri mesyuarat tindakan BTM di SUK Pahang. Seorang yang sangat vokal dalam bersuara. Komen beliau ialah terdapat koloni yang terdedah dengan cuaca panas. terutama apabila waktu petang. Beliau mencadangkan agar kedudukan pintu masuk tidak berhadapan dengan kedudukan matahari naik dan turun. terutamanya pada waktu petang di mana jangkamasanya amat panjang berbanding dengan waktu pagi. Secara keseluruhannya beliau amat berpuashati dengan keadaan projek dan agak terperanjat kerana kami masih tidak memulakan proses penuaian madu lagi. Sebenarnya aku je yang melengah-lengahkanya kerana tidak mahu kelulut stress selepas proses pemindahan dalam kot

Madu Plus : Madu Kelulut

Image
Madu Plus akan berada di pasaran tidak lama lagi. Pic yang diselitkan adalah untuk promo mengenai produk Madu Plus yang akan dikeluarkan tidak lama lagi sekira diizikanNYA. Walaubagaimanpun kami masih belum decide bentuk botol yang akan digunapakai serta lakaran label. kena rujuk kat orang yang pakar. Madu yang diisi dalam botol ini adalah madu yang diperolehi daripada proses pemindahan koloni kelulut daripada batang kayu ke kotak madu. Madu Plus : Up Close & Personal Madu Plus : Sneak Peek