Posts

Showing posts with the label Kursus Asas Penternakan Lebah Kelulut

Proses Tuaian Madu

Image
Madu asli mentah yang dituai daripada Pot Madu memerlukan proses pengurusan yang betul bagi memastikan madu yang dijual adalah bersih dan mempunyai khasiat yang tinggi. Pada posting hari ini, saya ingin bercerita mengenai proses pengurusan madu. Sebelum proses tuaian, para pekerja dikehendaki memakai pakaian tuaian yang lengkap dengan glove dan penutup mulut. Peralatan tuai juga perlu dicuci bersih sebelum tuaian dan selepas tuaian dilaksanakan. Peralatan Tuaian adalah seperti berikut:- Pakaian yg bersih Sarung Tangan dan penutup mulut Pum Penyedut Tong Madu  Alat Penapis Log yang hendak dituai perlulah direkodkan serta jangkamasa tuaian sebelum ini. Kami cadangkan jarak antara tuaian adalah minimum 4 minggu bagi membolehkan kelulut membaiki struktur sarang yang rosak disebabkan tuaian sebelum ini serta bagi memastikan madu matang dalam pot. Apakah risikonya sekiranya kekerapan tuaian di kurangkan? pada pendapat saya, koloni akan stress kerana melakukan kerja lebih masa

Kursus Produk Hiliran Lebah Kelulut anjuran Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Malaysia pada 15hb November 2015

Image
Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Malaysia buat julung-julung kalinya akan mengadakan Kurus Pembuatan Produk Hiliran Lebah Kelulut. Kami memerlukan 30 orang peserta bagi menjalankan aktiviti ini. Kami juga akan membawakan Pegawai Tekun Nasional Pahang untuk memberikan taklimat produk dan sesi soal jawab. Sehingga kini, kami memerlukan 10 orang perserta lagi bagi melengkapkan kuota peserta. Kepada mereka yang berminat, bolehlah menghubungi Setiausaha PUKM, En Junaidi Mukhtar di talian 012-9834328. SEGERA. Lokasi kursus di Pusat Latihan Pertanian Inderapura Kuantan.

Kursus Asas Penternakan Lebah Kelulut 25-26 April @ Beserah

Disebabkan sambutan yg peserta kurang daripada had mininum yang diperlukan, maka sesi kursus ini terpaksa ditangguhkan ke 2-3/5/2015 di ladang Trigonagold di Kg Manggis, Hulu Langgat. Semua peserta yg telah mendaftar telah dimaklumkan mengenai hal ini. Segala kesulitan amatlah dikesali. tq ------------------------------------------------------------------------ Pihak kami masih mencari para peserta yang berhajat mempelajari Teknik Penternakan Lebah Kelulut yang akan diadakan seperti berikut:- Tarikh : 25 & 26 April 2015 Lokasi : Sunan Guest House, Lot 6/1038, Kg Rumbia Beserah 26100 Kuantan Bilangan Peserta : 20 org. Buat masa kini hanya 4 orang yang sudah menempah tempat. lagi 16 orang kekosongan. Daftar Sekarang : Hj Izaharuddin 013-9205789.  Abdullah 013-9213433. SEGERA DAFTAR.

Kursus Asas Penternakan Lebah Kelulut @ Kuantan

Image
Honey Plus Resource akan menganjurkan Kursus Asas Penternakan Lebah Kelulut di Kuantan dengan Kerjasama Trigonagold dan Bayu Kelulut Smart Digital Farm. Pihak kami telah menetapkan tarikh kursus  Siri Pertama akan diadakan pada penghujung bulan April ini. Sehubungan dengan itu, pihak kami mencari 20 peserta yang berminat untuk mempelajari ilmu penternakan lebah kelulut. Detail Kursus adalah seperti berikut:- Kursus        : Kursus Asas Penternakan Lebah Kelulut Tarikh         : 25 & 26 April 2015 (Sabtu & Ahad) Lokasi         : Beserah Kuantan (TBA) Bil Peserta  : 20 peserta Bayaran      : RM450.00 Modul yang ditawarkan           1.Senario & hala tuju industri lebah kelulut. 2.Biologi-Mengenal jenis & kasta Lebah Kelulut 3.Peralatan & pemindahan kloni. 4.Pengurusan kloni. 5.Pengurusan perosak & penyakit. 6.Pengurusan sumber makanan. 7.Pengurusan hasil Lebah ke mulut. 8.Pengurusan produk 9.Cara menjinak ternak "Topping" 10.Cara menjin