Posts

Showing posts with the label Klon Durian

Pemilihan Klon Pokok Durian

SISTEM CAMPURAN DAN KOMBINASI KLON-KLIN DURIAN Pada amnya, adalah disyorkan bahawa 3-5 klon ditanam bagi sesuatu dusun durian komersil untuk pendebungaan dan pasaran.  Bagi sesuatu kawasan klon-klon yang disyorkan adalah terdiri daripada 3 kategori seperti berikut:- Klon Utama Klon-klon Subsidiary Klon-klon Tempatan Klon Utama Bagi sesuatu dusun komersil, perlu ada klon utama yang terdiri daripada 50-70% daripada jumlah pokok yang ditanam.  Dalam keadaan tertentu dua klon utama boleh ditanam. Klon-Klon Subsidiary Selain daripada klon utama, 2-4 klon subsidiary perlu ditanam untuk tujuan pendebungaan dan juga untuk pasaran.  Klon-klon ini terdiri dari senarai klon-klon durian yang disyorkan. Klon-klon Tempatan Klon-klon tempatan merupakan klon-klon yang banyak terdapat dan terbukti berprestasi baik di sesuatu kawasan setempat.  Pemilihan klon-klon ini adalah bebas dan terpulang kepada kehendak pekebun.  Biasanya pekebun boleh me

KLON-KLON DURIAN YANG DISYORKAN

Artikle di bawah dipetik daripada   http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_durian.htm KLON-KLON POKOK DURIAN YANG DISYORKAN D 24 Klon ini berasal dari Bukit Merah, Perak dan telah didaftarkan pada 30 November 1937.  Pokok cergas membesar, rendang dan rajin berbuah.  Hasil purata pada peringkat awal (umur 6-9 tahun) ialah 10 biji sepokok setahun.  Hasil akan meningkat ke 65 biji setahun bagi pokok berumur 15 tahun dan ke atas. Bentuk buahnya bulat membujur, bersaiz sederhana besar dengan berat diantara 1.0 - 1.8 kg sebiji buah durian.  Pangsa mempunyai 1-3 ulas yang berwarna kuning pucat dan bersusun sebaris.  Isi manis, pejal, bertekstrur halus dan sedikit pahit. Peratus isi ialah 26%.  Pokok memerlukan tanah yang subur dan tidak tahan kemarau tanpa pengairan yang cukup.  Tempoh matang buah ialah 105-110 hari selepas bunga kembang.  Bijinya besar dan kebanyakannya merekah.   D 99 Durian ini dipanggil Kop Kecil, berasal dari Thailand dan didaftarkan pada 17 J