Posts

Showing posts with the label Kelulut Damar

Cabaran Penternakan Kelulut : Serangan Beruang

Image
Pada 3 Julai 2017, mencatatkan sejarah dalam pengalaman kami menternak lebah kelulut. Ladang kami di Sungai Lembing yang bersebelahan dengan hutan telah diserang dengan beruang. Pada awal pagi isnin, kami mendapat perkabaran yang mendukacitakan daripada sahabat di sana bahawa beruang telah datang bertandang ke ladang kami pada malam harinya. Menurut beliau antara 8-9 log yang telah diganggu dan ada antaranya yang sudah musnah kesemuanya. Disebabkan kekangan kerja, pada hari selasa kami baru dapat turun ke ladang sg lembing bagi meneliti kemusnahan yang dilakukan. Hasil yang kami dapati adalah seperti berikut:- 2 Log H.itama telah musnah sepenuhnya 1 Log Canifron telah musnah sepenuhnya 3 Log T.binghami telah musnah sepenuhnya 1 Log H.itama dapat diselamatkan (log keras/pokok rambutan) L log G. thoracica dapat diselamatkan (log keras) Cik Beruang juga telah membawa lari satu log masuk ke dalam hutan. Log tersebut kami berjaya temukan 20 mete

Kelulut Kristal @ Ladang Sungai Lembing

Image
Ladang Kelulut Kristal Sudah lama tidak mencoretkan sebarang post dalam blog ini. So posting kali ini saya nak tunjukan progress ladang baru saya di Sg Lembing. Kawasan ini berkeluasan 3 ekar dan luas kawasan yang baru dibersihkan hanyalah less then suku ekar. Ia dibuat berdasarkan skala ketebalan dompet saya. Buat masa sekarang sejumlah 20koloni kelulut telah ditempatkan dilokasi ini. 14 Log Kelulut Berdamar ( T.binghami, T. Aleacea, T. melanouca, T. canifron,), 4 log H.itama, 1log L.latipes dan 1 log G.Thoracica. Memandangkan lokasi ladang bersebelahan dengan hutan, maka semua koloni kelulut berdamar telah berkembang dengan baik. Kami sedang berusaha untuk mendapat spesis berdamar yang lain sepeti T. apicalis, H. fimbriata, T.colina etc. Apicalis dan Fimbriata telah dipesan dan akan dihantar dalam waktu terdekat. Kami menjangka sehingga 40 log yang akn ditempatkan dilokasi ini dengan fokus untuk menghasilkan madu kristal yang premium. Sekiranya semua koloni berkembang baik,